Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja dituduh bunuh bapa selesai jalani penilaian psikiatri, dibenar jumpa peguam

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja dituduh bunuh bapa selesai jalani penilaian psikiatri, dibenar jumpa peguam

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Seorang remaja 19 tahun yang dituduh membunuh bapanya berusia 47 tahun akan dibenarkan berjumpa peguam setelah menyelesaikan penilaian psikiatri.

Sylesnar Seah Jie Kai dituduh membunuh Eddie Seah Wee Teck sekitar pukul 7.00 malam pada 10 Oktober antara tingkat empat dan lima Blok 653, Yishun Avenue 4.

Ia adalah kali pertama tertuduh dibenarkan berjumpa peguamnya, di mana permintaan pertama untuk bertemu tertuduh ditolak bulan lalu. Remaja itu diwakili peguam bela Sunil Sudheesan dan Joyce Khoo dari firma undang-undang Quahe Woo & Palmer.

Pihak pendakwa memberitahu mahkamah bahawa mereka masih menyediakan pelbagai laporan namun tertuduh sudah menyelesaikan penilaian psikiatri. Tiada maklumat lanjut disebut.

Cik Khoo kemudian bertanya sama ada remaja tu dibenarkan berjumpa peguam belanya dan ia dipersetujui oleh Hakim Daerah Terence Tay.

Seah, yang ditahan reman, muncul di mahkamah melalui persidangan video dan menundukkan kepalanya sepanjang prosiding.

Dia akan kembali ke mahkamah pada 31 Januari.

Jika disabit kesalahan membunuh, remaja itu boleh dijatuhi hukuman mati, atau diberi hukuman penjara seumur hidup serta sebatan rotan.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan