Skip to main content

Singapura

Remaja ditangkap setelah disyaki curi motosikal di Geylang Road

Seorang remaja ditangkap menyusuli kehilangan sebuah motosikal di Geylang pada awal minggu ini, menurut polis pada Jumaat (23 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja ditangkap setelah disyaki curi motosikal di Geylang Road

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 23 Oct 2020 07:13PM Dikemas Kini : 23 Oct 2020 07:15PM

SINGAPURA: Seorang remaja ditangkap menyusuli kehilangan sebuah motosikal di Geylang pada awal minggu ini, menurut polis pada Jumaat (23 Okt).

Pihak berkuasa menyatakan pada kira-kira pukul 4.00 pagi pada Selasa (20 Okt), seorang lelaki membuat aduan bahawa dia kehilangan motosikalnya. Motosikal itu diletakkan di lorong belakang di Geylang Road dan lelaki itu meninggalkan kunci pada motosikal berkenaan, menurut polis.

Para pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti suspek yang berusia 17 tahun menerusi siasatan dan imej yang dirakam oleh polis dan kamera litar tertutup (CCTV). Suspek diberkas pada Khamis (22 Okt).

Dia akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (24 Okt) bagi kesalahan mencuri kenderaan bermotor. Jika didapati bersalah, dia mungkin dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menasihati para pemilik motosikal supaya "mengeluarkan kunci motosikal dan mengunci kenderaan apabila ia ditinggalkan tanpa diawasi" serta "tidak meninggalkan sebarang kunci ganti dalam kotak simpanan motosikal".

SPF juga menyarankan langkah-langkah pencegahan jenayah ini: Letakkan motosikal di kawasan terang, pasang penggera antikecurian, dan guna kanvas untuk menutup motosikal dan menyematkan kedua-dua bahagian.

Para pemilik motosikal juga boleh menggunakan alat pengunci tambahan seperti mangga brek cakera atau memasang 'suspension guard', menurut polis lagi.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita