Remaja ditangkap selepas bayangkan seolah-olah benda akan 'meletup' di Pentas Terapung Marina Bay
Seorang remaja berusia 18 tahun memuat naik catatan di Twitter yang membayangkan seolah-olah sebuah barangan akan "meletup" di bawah tempat duduk di Baris 27, Pentas Terapung Marina Bay, sedang NDP 2022 diadakan.
Pihak polis dimaklumkan tentang catatan di Twitter itu sekitar pukul 7.00 malam semalam, membayangkan seolah-olah barangan tersebut akan "meletup" di bawah tempat duduk di Baris 27 di Pentas Terapung Marina Bay.
Seorang suspek berusia 18 tahun dikenal pasti dan ditangkap dalam masa dua jam setelah catatan itu dilaporkan.
Tiada barang yang mencurigakan dijumpai di kawasan Pentas Terapung. Bagaimanapun, dua telefon bimbit dirampas sebagai bukti. Siasatan masih dijalankan.
Kesalahan menyebarkan maklumat palsu tentang barangan berbahaya membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga S$50,000 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.