Skip to main content

Singapura

Remaja ditangkap kerana didakwa ganggu kamera polis

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja ditangkap kerana didakwa ganggu kamera polis
Sebuah kamera mudah alih, dikenali sebagai Mobicam, di sebuah estet perumahan. Seorang remaja berusia 14 tahun ditangkap selepas dia dirakam secara paksa mengubah sudut pandangan asal sebuah kamera mudah alih polis yang menyebabkan gangguan sistem. (Gambar: CNA/Fabian Koh)
Diterbitkan : 06 Feb 2026 09:40PM Dikemas Kini : 06 Feb 2026 09:44PM
SINGAPURA: Seorang remaja berusia 14 tahun ditangkap kerana didakwa mengganggu kamera polis, menurut polis pada Jumaat (6 Feb).

Remaja tersebut dirakam pada 22 Januari di Punggol Town Square secara paksa mengubah sudut pandangan asal sebuah kamera mudah alih polis (Mobicam), yang menyebabkan gangguan sistem.

Kerja-kerja pembetulan terpaksa dijalankan untuk memulihkan fungsi Mobicam tersebut, menurut polis.

Pada 2 Februari, remaja tersebut sekali lagi dirakam secara paksa mengubah kedudukan Mobicam itu, yang menyebabkan kerja-kerja pembaikan lanjut perlu dijalankan.

Polis menangkap remaja tersebut pada 4 Februari.

Siasatan terhadap penglibatan remaja dalam kesalahan tersebut, serta kesalahan-kesalahan lain yang tidak berkaitan, sedang dijalankan.

"Polis memandang serius terhadap tindakan yang mengganggu peralatan polis atau menjejaskan keselamatan masyarakat," menurut polis.

"Mereka yang mengganggu harta yang dikendalikan oleh polis akan dikenakan tindakan tegas dan mengikut undang-undang."
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita