Remaja ditangkap, didakwa cabul kehormatan wanita dalam MRT
Seorang remaja berusia 18 tahun ditangkap kerana didakwa mencabul kehormatan seorang wanita di dalam MRT.
Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP
SINGAPURA: Seorang remaja berusia 18 tahun ditangkap kerana didakwa mencabul kehormatan seorang wanita di dalam MRT.
Demikian menurut polis semalam (29 Mei).
Wanita berusia 25 tahun itu membuat aduan tentang insiden tersebut kepada polis pada 22 Mei lalu.
Para pegawai dari Divisyen Polis Jurong menjalankan siasatan di stesen MRT dan meneliti gambar-gambar dari kamera CCTV sebelum mengenal pasti suspek dan menangkapnya pada Isnin lalu (28 Mei). Siasatan masih dijalankan.
Sesiapa yang didapati bersalah mencabul kehormatan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda, dirotan atau dikenakan gabungan hukuman tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.