Remaja diserang secara seksual selama hampir 3 bulan; pihak berkuasa tidak kesan perkara membimbangkan semasa sesi mingguan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Pihak berkuasa tidak mengesan "sebarang keprihatinan mengenai penderaan seksual" semasa sesi mingguan bersama seorang remaja perempuan yang diserang secara seksual hampir setiap hari oleh seorang lelaki yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat.
Demikian didedahkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Isnin (4 Dis), sebagai menjawab soalan Mediacorp.
Menurut MSF, remaja perempuan itu tidak mendedahkan sebarang penderaan kepada pihaknya sehingga mengadu hal tersebut kepada seorang guru sekolah.
Pada Selasa lalu (28 Nov), lelaki terbabit dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan sembilan sebatan atas kesalahan yang dilakukan.
Dia mengaku bersalah terhadap empat tuduhan melakukan penetrasi seksual ke atas individu bawah umur dengan lagi sembilan tuduhan diambil kira dalam menentukan hukuman.
Remaja itu berada di bawah jagaan MSF dan sedang dalam proses diambil sebagai anak angkat apabila dia berpindah masuk untuk tinggal bersama lelaki serta isterinya sepenuh masa.
Mahkamah diberitahu bahawa dia diserang secara seksual semasa tempoh tinggal bersama pasangan itu dari September 2020 hingga November 2020.
Timbul persoalan selepas kes itu dibicarakan di mahkamah. Bagaimanakah penderaan itu tidak dikesan selama tiga bulan meskipun ia berlaku hampir setiap hari?
Mangsa juga mula mencederakan dirinya sendiri semasa tempoh didera secara seksual.
MSF memberitahu Mediacorp bahawa remaja itu telah menerima sokongan daripada sepasukan profesional, termasuk ahli psikologi dan pekerja kes dari pusat rawatan, pakar psikiatri dan pakar psikologi dari Institut Kesihatan Mental (IMH) dan Pegawai Perlindungan Kanak-kanak.
Semasa dia tinggal bersama pasangan itu, pemeriksaan juga dilakukan selain sesi perbincangan setiap minggu oleh sekurang-kurangnya seorang profesional, di mana kesejahteraan dan keselamatan remaja itu dipantau.
Pasangan itu juga mengadakan sesi kerap dengan profesional dan "didapati mampu memberikan penjagaan sokongan" kepadanya.
"Dalam tempoh ini, golongan profesional tidak mengesan sebarang kebimbangan mengenai penderaan seksual. Remaja itu juga tidak mendedahkan berlaku penderaan kepada mereka sehingga dia memberitahu guru sekolahnya pada Nov 2020," kata MSF.
"Meskipun remaja itu menunjukkan beberapa tanda mencederakan diri sendiri, itu tidak akan menunjukkan dia didera secara seksual, kerana disebabkan sejarah trauma masa lalunya, remaja itu mempunyai tingkah laku mencederakan diri yang berterusan sebelum dia di bawah jagaan pasangan berkenaan."
Remaja itu kini berusia 19 tahun.
Ibu kandungnya membunuh diri pada 2017 di depannya ketika dia berusia 13 tahun.
Dia kemudian didera secara seksual oleh bapanya pada Januari 2018, beberapa bulan selepas ibunya meninggal dunia. Dia mengambil dos ubat berlebihan dan dimasukkan ke Institut Kesihatan Mental, di mana dia didiagnosis dengan gangguan tekanan selepas trauma.
Hak penjagaan bapanya dilucutkan dua bulan kemudian dan dia diletakkan di bawah jagaan seorang teman kelaurga.
Pada 2018, MSF menempatnya dalam pusat rawatan yang membantu remaja mangsa trauma atau penderaan.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.