Remaja dipengaruhi ideologi ketuanan kulit putih: Tanggapan salah perkauman antara punca
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/John Locher)
SINGAPURA: Ia bermula apabila seorang remaja lelaki menonton video ketuanan kulit putih warga Amerika Syarikat, Paul Nicholas Miller.
Ia menyebabkan remaja itu melabel dirinya sebagai seorang berketuanan kulit putih dan penyokong kulit putih, dan dia yakin bahawa masyarakat bukan kulit putih harus dihalau dari negara majoriti kulit putih.
Matlamatnya ketika dia berusia 16 tahun, adalah untuk direkrut oleh kumpulan ketuanan kulit putih untuk "memperjuangkan orang kulit putih" dan melakukan serangan ganas.
Dia juga merupakan warga Singapura berbangsa Cina.
Pelajar Menengah 4 itu akhirnya dikesan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura dan perintah sekatan dikeluarkan ke atasnya, dedah agensi tersebut pada Rabu (24 Jan).
Dia merupakan rakyat Singapura kedua, kedua-duanya remaja, yang ditahan oleh ISD disebabkan menjadi radikal oleh ideologi pelampau berhaluan kanan.
Ideologi tersebut boleh menarik mana-mana kumpulan majoriti yang percaya mereka lebih hebat, kata pakar antipengganasan dan fahaman pelampau, Munira Mustaffa.
Cik Munira, yang merupakan pengarah eksekutif syarikat rundingan Chasseur Group, menjelaskan bahawa selain kepercayaan ketuanan kulit putih, ideologi haluan kanan merangkumi spektrum pandangan yang luas termasuk perkauman, misoginis, anti-Yahudi, Islamofobia dan xenofobia.
Remaja 16 tahun itu, yang tidak dinamakan, juga mengikut Teori Penggantian Hebat, yang sering dirujuk pengganas berhaluan kanan seperti Brenton Tarrant, yang melakukan serangan pengganas di Christchuruch. Ia menyebarkan idea bahawa penduduk kulit putih tempatan di negara-negara Barat berada dalam bahaya, di mana mereka akan digantikan oleh warga asing bukan kulit putih.
Tarrant juga merupakan pengaruh bagi warga Singapura pertama yang ditahan disebabkan mengikut ideologi haluan kanan, iaitu seorang Kristian Protestan dari kaum India, dan juga berusia 16 tahun ketika itu. Dia sudah dibebaskan.
Penyelidik pengganasan Bilveer Singh berkata bahawa ketuanan kulit putih dikaitkan dengan agama Kristian sebagai asas, sama seperti jihad dikaitkan dengan Islam.
“Warna kulit tidak begitu penting berbanding asas ideologi,” kata timbalan ketua jabatan sains politik di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.
LELAKI MUDA YANG PENUH DENGAN AMARAH?
Golongan lelaki yang muda, seperti kedua-dua lelaki dalam kes haluan kanan Singapura, terutamanya berisko menjadi radikal sedang mereka meneroka aspek maskulin yang membentuk identiti dan nilai diri mereka, kata Cik Munira.
Persekitaran online juga boleh memburukkan lagi isu kompleks seperti tanggapan tentang sifat kelelakian toksik, nasionalisme melampau dan chauvinisme, tambahnya.
Cik Munira berkata bahawa faktor utama dalam kes Tarrant adalah "kemarahan kejantanan yang tidak terkawal", iaitu suatu perkara yang tidak dihiraukan, namun kuat untuk menjangkaui sempadan perkauman dan etnik.
Pakar memerangi pengganasan Kumar Ramakrishnan berkata bahawa, individu muda yang mudah terpengaruh dan terasing juga boleh tertarik dengan kumpulan pelampau yang mempunyai tujuan sama dan pemimpin berkarisma.
“Mereka mempunyai jawapan yang jelas kepada isu-isu kemasyarakatan, secara amnya mereka menyalahkan warga asing yang datang dan mengambil alih segalanya,” kata dekan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.
SELAIN BUDAYA 'MEME'
Meskipun ideologi berhaluan kanan wujud di Asia selama beberapa dekad, kewujudannya yang semakin berkembang terutamanya tercetus dengan kehadiran media sosial, kata Cik Munira.
Beliau menarik perhatian kepada bagaimana pengaruh Tarrant boleh dikaitkan dengan cara dia mencampurkan estetika permainan video ke dalam serangan mautnya, dan perkara itu mempengaruhi demografi tertentu.
Sejak itu, bahannya disepadukan ke dalam budaya Internet 'meme' bertemakan ketuanan kulit putih, yang menjangkaui sekatan bahasa dan dikongsi dengan luas.
Sekalipun demikian, Cik Munira memberi amaran terhadap tindakan menyalahkan media sosial atau platform permainan video sepenuhnya.
Ketika ditanya tentang amalan terbaik untuk menangani pelbagai isu radikalisasi haluan kanan, seorang pakar berkata bahawa masyarakat, termasuk sekolah, keluarga dan rakan-rakan, harus mengamalkan dan memerhatikan aktiviti inklusif dengan mereka yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.
Ia akan membantu individu mengenal pasti dan memahami perkara yang sensitif terhadap agama dan identiti budaya lain, kata Dr Jolene Jerard, pengarah eksekutif di syarikat rundingan keselamatan dan pengurusan awam Centinel.
Di Singapura, salah satu tunjang dalam usaha memerangani keganasan adalah untuk menangani pencetus ideologi pengganasan, kata Dr Jerard.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.