Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja dikenakan probesen; langgar budak lelaki ketika melarikan diri dari pegawai LTA

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja dikenakan probesen; langgar budak lelaki ketika melarikan diri dari pegawai LTA

Gambar Hiasan

Diterbitkan : 02 Mar 2022 02:52PM Dikemas Kini : 02 Mar 2022 03:02PM

SINGAPURA: Ketika cuba melarikan diri dari pegawai penguatkuasaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) seorang wanita, Jin Ng Teng yang menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) secara haram di laluan pejalan kaki melanggar seorang budak lelaki di luar Sekolah Rendah Hougang.

Ng, tidak berhenti untuk memeriksa keadaan budak itu dan berjaya melarikan diri. Namun, dia ditangkap di rumah teman lelakinya pada hari yang sama.

Ng yang kini berusia 19 tahun dikenakan hukuman probesen 15 bulan pada Rabu (2 Mac) selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan. Tuduhan itu termasuk menyebabkan kecederaan dengan perbuatan cuai dan menunggang PMD tidak berdaftar.

Ketika kejadian, Ng adalah pekerja penghantaran sambilan bagi syraikat teknologi Grab.

Mahkamah sebelum itu diberitahu bahawa kejadian berlaku pada 30 Oktober 2020.

Dua pegawai penguatkuasaan LTA sedang melakukan rondaan apabila mereka melihat Ng menunggang di laluan pejalan kaki di Hougang Street 91 menuju ke Hougang Street 93.

Alat PMD dilarang digunakan di laluan pejalan kaki sejak 3 April 2020.

Para pegawai mengekorinya menaiki van dan berhenti di satu simpang, sebelum salah seorang pegawai turun dan berjalan ke arahnya. Beliau menunjukkan pas LTAnya dan menyuruh Ng berhenti.

Ng sebaliknya memecut meninggalkan tempat itu, menunggang lebih daripada 10 kilometer sejam di laluan pejalan kaki menuju ke Sekolah Rendah Hougang.

Pintu masuk sekolah ketika itu sesak kerana ramai ibu bapa menghantar anak ke sekolah.

Mahkamah juga diberitahu, Ng berhenti di sebuah flat HDB berdekatan di mana dia naik ke tingkat tujuh untuk sembunyi dari pegawai LTA.

Dia kemudian pergi ke rumah teman lelakinya di mana dia ditangkap pada petang hari yang sama.

Siasatan lanjut mendedahkan Ng pernah cuba untuk mendaftarkan PMD miliknya secara online namun ia tidak mematuhi keperluan keselamatan UL2272.

Dalam pada itu, mangsa tidak dapat mengerakkan jarinya akibat kecederaan yang dialami. Dia dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK dengan menaiki ambulans selepas mengadu sakit pada bahagian bahu kanan, ibu jari dan kepala.

Dia disahkan mengalami lebam dan diberi cuti sakit sehari.

Sebagai sebahagian daripada syarat probesen, Ng tidak boleh keluar rumah dari 11 malam hingga 6 pagi. Dia juga harus menjalankan kerka-kerja khidmat masyarakat selama 40 jam.

Keluarga Ng membayar wang jaminan sebanyak S$5,000 untuk memastikan dia berkelakuan baik.

Sesiapa yang disabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan perbuatan cuai boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga $2,500, atau kedua-duanya.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan