Remaja dikenakan probesen kerana ceroboh landasan MRT, lakukan aksi berbahaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja yang ditangkap polis selepas melakukan aksi berbahaya menceroboh landasan MRT diperintahkan oleh mahkamah pada Selasa (6 Jan) untuk menjalani tempoh probesen selama 18 bulan.
Remaja warga Singapura berusia 17 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan kerana bawah umur, ditangkap selepas pihak SMRT membuat aduan polis apabila melihat video tular yang menunjukkan seseorang sedang berjalan di atas landasan.
Siasatan mendapati bahawa dia menceroboh landasan antara stesen MRT Simei dengan Tanah Merah, serta memanjat bumbung sebuah blok HDB. Apabila menyedari kehadiran polis, remaja tersebut bertindak turun beberapa tingkat melalui belebas dan rak jemuran baju, lalu pecah masuk ke dalam rumah seorang wanita berusia 86 tahun untuk bersembunyi.
Selain tempoh percubaan, dia perlu melakukan 80 jam khidmat masyarakat, menjalani penilaian serta rawatan psikiatri, dan mengambil ubat jika perlu. Ibu bapanya membayar ikat jamin S$5,000 untuk memastikan dia berkelakuan baik.
KRONOLOGI KES
1. Menceroboh Landasan MRT (Mac 2025)
Remaja itu ternampak struktur perancah di Upper Changi Road yang menuju ke landasan MRT. Pada 27 Mac, dia menunggu pekerja pulang sebelum menceroboh masuk melalui celah pagar. Dia berjalan di atas landasan selama 10 minit dan merakam video 4 hingga 6 MRT yang lalu sebelum memuat naiknya ke Instagram.
2. Memanjat Blok HDB (Mei 2025)
Pada 16 Mei, remaja itu berasa "ingin memanjat" sebelum mandi. Dia keluar dari rumahnya sekitar pukul 11.00 malam dengan hanya memakai seluar dalam dan kasut. Dia memanjat dari tingkat 16 hingga ke bumbung untuk mendengar muzik dan membuat panggilan video.
Apabila polis tiba selepas menerima aduan jiran, dia memanjat turun melalui rak jemuran dan masuk ke sebuah unit di tingkat 8 melalui tingkap yang terbuka. Dia bersembunyi di bawah katil seorang warga emas yang sedang tidur sebelum menyerah diri setengah jam kemudian.
Pihak pendakwa menyatakan bahawa remaja itu mempunyai kecenderungan untuk mencari keseronokan berbahaya dan perbuatannya menceroboh landasan MRT membahayakan nyawa orang ramai.
Peguam bela, Kalaithasan Karuppaya, memohon tempoh percubaan dan menjelaskan bahawa remaja itu mengalami kelewatan perkembangan sejak kecil serta mempunyai ciri-ciri autisme. Menurut peguamnya, remaja itu kini sudah beralih kepada aktiviti yang lebih produktif seperti sukan memanjat tembok, aktiviti kembara, dan menjadi sukarelawan pelatih anjing.
Hakim Daerah Kessler Soh menegaskan bahawa kesalahan ini sangat serius dan biasanya boleh membawa kepada hukuman penjara. Namun, disebabkan oleh usianya yang masih muda, mahkamah memberi peluang kedua.
berharap awak akan ingat perkara ini, belajar daripadanya, dan tidak lagi melakukan perbuatan berisiko seperti ini," pesan Hakim kepada remaja tersebut. Beliau juga mengingatkan ibu bapa remaja itu supaya sentiasa memantau anak mereka dengan rapi.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.