Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja dikenakan probesen bagi rompakan bersenjata

Seorang remaja merancang melakukan rompakan dengan mencatat secara terperinci apa yang akan dipakainya, barang yang akan dicuri dan cara melakukan rompakan itu dalam buku nota.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja dikenakan probesen bagi rompakan bersenjata

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2020 08:16PM Dikemas Kini : 25 Nov 2020 08:19PM

SINGAPURA: Seorang remaja merancang melakukan rompakan dengan mencatat secara terperinci apa yang akan dipakainya, barang yang akan dicuri dan cara melakukan rompakan itu dalam buku nota.

Dia kemudian menyasarkan sebuah kedai runcit di Kembangan, lengkap dengan pelitup pembedahan, jaket dan topi, sambil mengacukan pisau serta berkata "da qiang" atau rompakan dalam bahasa Mandarin. Juruwang di kedai runcit itu bertindak dengan memberitahunya supaya masuk ke dalam kedai sebelum melarikan diri ke sebuah kedai lain untuk mendapatkan bantuan.

Remaja itu tidak boleh dinamakan mengikut Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda kerana dia berusia bawah 18 tahun semasa melakukan jenayah itu. Dia dikenakan probesen selama 27 bulan pada Rabu (25 Nov). Peguamnya dalam hujjah rayuan berkata anak guamnya menghadapi masalah di sekolah.

Remaja berusia 16 tahun itu akan perlu tinggal di Singapore Boy's Hostel selama enam bulan, menjalani ujian air kencing secara kerap dan penilaian psikiatri atau psikologi bagi pengambilan dadah dan arak.

Mahkamah diberitahu bahawa remaja itu mencatat secara terperinci dalam buku notanya bahawa dia akan menggunakan topi, cermin mata hitam, pelitup, sarung kepala, seluar dan kasut tertutup semasa melakukan rompakan itu. Dia merancang membawa pisau dan beg besar, serta mengacukan senjata sebelum mencuri semua rokok dan wang dalam mesin wang tunai.

Dia juga menyenaraikan harga paket rokok di dalam buku notanya dan merancang untuk menjual rokok-rokok tersebut.

Remaja itu mengaku bersalah atas satu tuduhan merompak. Ibu bapa remaja itu membayar wang ikat jamin bernilai S$5,000 untuk memastikan tingkah lakunya semasa tempoh probesen.

Bagi kesalahan melakukan rompakan bersenjata, dia boleh dijel antara tiga hingga 14 tahun dan disebat sekurang-kurangnya 12 kali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan