Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja dihukum probesen; gunakan kad kredit ibu temanita untuk beli pakaian dan makanan berjumlah S$8,000

Seorang remaja secara sembunyi-sembunyi menggunakan kad kredit milik ibu temanitanya setelah ternampak di mana wanita itu menyimpannya. Dia menggunakan kad kredit itu untuk membeli pakaian secara online, pesanan makanan, dan patung berhala, kesemuanya berjumlah S$8,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja dihukum probesen; gunakan kad kredit ibu temanita untuk beli pakaian dan makanan berjumlah S$8,000

(Gambar fail: Damien Meyer/AFP)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 04:34PM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 04:36PM

SINGAPURA: Seorang remaja secara sembunyi-sembunyi menggunakan kad kredit milik ibu temanitanya setelah ternampak di mana wanita itu menyimpannya. Dia menggunakan kad kredit itu untuk membeli pakaian secara online, pesanan makanan, dan patung berhala, kesemuanya berjumlah S$8,000.

Remaja berusia 19 tahun itu dikenakan hukuman probesen selama 18 bulan pada Isnin (18 Okt) atas tiga tuduhan termasuk menipu, sementara lima tuduhan lain diambil kira.

Remaja tersebut tidak boleh dinamakan kerana melakukan kesalahan itu ketika berusia di bawah 18 tahun.

Mahkamah diberitahu bahawa remaja tersebut telah pergi ke rumah temanitanya pada Februari 2020. Dia ternampak kad kredit ibu temanitanya itu di dalam laci di ruang tamu namun tidak menggunakannya dengan segera.

Dia mula menggunakan kad itu pada 24 Februari 2020, untuk membeli patung-patung berhala bernilai S$555 daripada laman portal e-dagang Taobao. Beberapa hari kemudian, dia sudah membelajakan ribuan dolar dengan menggunakan kad tersebut.

Dia juga membeli pakaian berjumlah S$4,873 daripada Farfetch UK, sebuah portal beli-belah online dan juga pakaian berjumlah S$738 dari ASOS, pakaian berjumlah S$1,268 dan satu dompet dari Zalora, satu pengecas dan makanan hamster bernilai S$37.76 dari Lazada Redmart.

Antara 26 Februari dengan 27 Februari tahun lalu, dia juga membelanjakan S$251.39 di wadah FoodPanda dengan menggunakan kad yang sama.

Mangsa kemudian terperasan urus niaga palsu itu dan membuat laporan polis pada 16 April 2020.

Dalam pada itu, remaja tersebut juga mengaku membenarkan akaun banknya digunakan untuk menerima hasil kegiatan jenayah.

Antara November 2019 dengan Februari 2020, dia membenarkan rakan sekolahnya untuk menggunakan akaun bank OCBC miliknya untuk menerima pendapatan daripada penipuan seks.

Rakan sekolahnya akan menyamar sebagai seorang perempuan di laman iklan sulit Locanto dan menawarkan khidmat seksual, tetapi kemudian menipu mangsa dengan mengambil wang yang dibayar mereka.

Tertuduh membenarkan rakan sekolahnya menerima hasil S$5,808 hasil daripada penipuan seks tersebut menerusi akaun banknya, dan dia turut menerima S$500 atas bantuannya itu.

Selain probesen, remaja itu juga harus melakukan kerja-kerja perkhidmatan masyarakat selama 80 jam. Ibu bapanya memberikan wang jaminan sebanyak $ 5,000 untuk memastikan dia berkelakuan baik semasa tempoh probesen.

Sumber : CNA/RB/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan