Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja dihukum penjara 16 tahun kerana bunuh rakan sekolah River Valley High dengan kapak

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Dec 2023 12:38PM Dikemas Kini : 01 Dec 2023 11:42PM
SINGAPURA: Seorang remaja 18 tahun pada Jumaat (1 Dis) dihukum penjara 16 tahun selepas mengaku bersalah membunuh rakan sekolahnya di River Valley High (RVHS) dengan sebilah kapak di kampus pada 2021.

Remaja tersebut tidak boleh dinamakan kerana kesalahan yang dilakukannya berlaku ketika beliau di bawah umur 18 tahun.

Semasa perbicaraan, mahkamah menarik balik perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, atas permintaan ibu bapanya.

Mangsa dikenali sebagai Ethan Hun Zhe Kai.

Pada 19 Julai 2021, mangsa 13 tahun itu ditemui terbujur kaku dengan beberapa kesan luka di sebuah tandas Sekolah Tinggi River Valley (RVHS), yang terletak di Boon Lay. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pesalah, yang merupakan pelajar Menengah Empat berusia 16 tahun ketika itu, mengaku menetak kepala, leher dan badan mangsa dengan sebilah kapak antara pukul 11.16 pagi dengan 11.44 pagi pada hari tersebut.

Kedua-dua pelajar tidak mengenali satu sama lain. Pesalah memilih mangsa "secara rawak" untuk menjalankan rancangannya, yang akan mengakibatkan dirinya sendiri terbunuh sedang polis bertindak dalam keadaan mengancam nyawa itu.

Pesalah menghidapi gangguan kemurungan tahap tinggi pada masa itu. Dia juga menonton video-video yang menghilangkan rasa bersalah terhadap perbuatan meragut nyawa individu lain, seperti yang diberitahu kepada mahkamah.

Pihak pendakwa, yang menyifatkan kes tersebut sebagai "benar-benar tidak pernah berlaku sebelum ini", memohon hukuman penjara 12 hingga 16 tahun bagi pesalah. Peguam bela pula memohon hukuman penjara lima tahun.

Hakim Hoo Sheau Peng akan mendengar hujah-hujah hukuman semasa perbicaaran diteruskan pada Jumaat.
Menurut perbicaraan mahkamah yang lalu, pesalah merupakan pesakit Institut Kesihatan Mental (IMH), termasuk kes percubaan membunuh diri ketika dia berusia 14 tahun.

Hukuman bagi kesalahan membunuh tanpa niat adalah hukuman penjara seumur hidup serta sebat, atau hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, serta denda atau sebat.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan