Remaja didakwa ceroboh landasan Stesen MRT Simei
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPORE: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun akan didakwa pada Khamis (3 Jul) selepas dia didakwa menceroboh landasan MRT antara Stesen MRT Simei dengan Tanah Merah.
Polis menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan pada 10 Jun bahawa seseorang menceroboh landasan MRT di sepanjang Upper Changi Road East.
Dia ditangkap pada Selasa.
Selepas polis mengenal pasti titik kemasukan yang didakwa oleh remaja itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) "mengambil tindakan segera untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan di lokasi tersebut untuk mencegah kejadian serupa daripada berulang", tambah polis.
Remaja itu akan didakwa dengan tuduhan sengaja membahayakan keselamatan para penumpang yang menaiki kereta api yang melalui sepanjang landasan yang diceroboh. Ini selain tuduhan pencerobohan jenayah. Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya.
Polis memberi amaran bahawa pihaknya "memandang serius terhadap tindakan yang membahayakan keselamatan awam dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara jelas mengabaikan undang-undang".

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.