Skip to main content

Singapura

Remaja diberkas kerana langgar kanak-kanak 8 tahun dengan basikal di Bukit Batok

Seorang remaja berusia 18 tahun diberkas kerana disyaki terbabit dalam kes tindakan cuai menyebabkan kecederaan parah selepas seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dilanggar basikal remaja itu di Bukit Batok Street 52.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja diberkas kerana langgar kanak-kanak 8 tahun dengan basikal di Bukit Batok

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 16 Jan 2021 07:40PM Dikemas Kini : 16 Jan 2021 07:43PM

SINGAPURA: Seorang remaja berusia 18 tahun diberkas kerana disyaki terbabit dalam kes tindakan cuai menyebabkan kecederaan parah selepas seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dilanggar basikal remaja itu di Bukit Batok Street 52.

Dalam satu kenyataan media pada Sabtu (16 Jan), polis menyatakan bahawa ia menerima aduan pada kira-kira pukul 2.20 petang pada Jumaat (15 Jan) bahawa seorang kanak-kanak perempuan dilanggar oleh seorang remaja yang sedang menaiki basikal di laluan pejalan kaki dari arah bertentangan.

Mangsa dibawa ke hospital, menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Remaja berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali atas tindakan cuai sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita