Remaja dibawa ke hospital susuli perbalahan dengan peniaga kedai kopi di Sengkang

Gambar: Facebook/Denne Goh
SINGAPURA: Seorang remaja 17 tahun dibawa ke hospital selepas perbalahan dengan seorang peniaga di sebuah kedai kopi di Sengkang pada Ahad (24 Apr).
Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki melempar dulang ke arah peniaga kedai kopi tersebut. Peniaga itu kemudian menyerang lelaki berkenaan menggunakan senduk.
Menjawab soalan Mediacorp, polis dimaklumkan mengenai kes sengaja menyebabkan kecederaan di Block 455 Sengkang West Avenue sekitar pukul 5.50 petang semalam.
"Seorang remaja 17 tahun dalam keadaan sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. Lelaki 51 tahun masih membantu polis dalam siasatan," menurut polis.
Dalam rakaman tersebut, lelaki dan peniaga kedai kopi itu dilihat sedang berbual di belakang kaunter. Namun perbualan itu berubah menjadi lebih ganas apabila mereka mula membuat gerak isyarat yang kurang sopan antara satu sama lain.
Lelaki itu kemudian melempar dulang ke arah peniaga kedai kopi tersebut. Kemudian, peniaga itu menggunakan senduk dan keluar daripada gerainya dan mula menyerang lelaki berkenaan.
Polis mendedahkan bahawa siasatan masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.