Remaja di Bukit Merah tubuh pasukan ronda demi kesejahteraan kejiranan
Di kawasan Bukit Merah, sekumpulan remaja memainkan peranan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di kawasan Bukit Merah, sekumpulan remaja memainkan peranan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat.
Mereka lazimnya menghabiskan waktu petang melakukan rondaan bagi mengesan sebarang potensi berlakunya kebakaran, serta meninjau keadaan jiran-jiran yang lanjut usia.
Ketika kebanyakan pelajar pulang ke rumah selepas sekolah, sekumpulan kanak-kanak di Lengkok Bahru bersiap sedia untuk melakukan rondaan di kawasan kejiranan mereka.
Kumpulan tersebut menggelarkan diri mereka sebagai Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT).
Rafieq Sahin Rafizal, 11 tahun, yang merupakan ketua kumpulan berkenaan, menubuhkan kumpulan itu bersama rakan-rakannya berusia antara 10 hingga 13 tahun.
Setiap petang, mereka mulakan rondaan di enam blok HDB, dari tingkat atas hingga ke bawah, selain sebuah kelab masyarakat dan taman berhampiran.
Tugas harian mereka merangkumi pelbagai kes - dari membuang sampah dan memantau perbuatan vandalisme, hinggalah bahaya kebakaran.
Mereka juga memantau jiran warga emas yang mungkin memerlukan bantuan.
Di sebalik operasi tersebut ialah ibu Rafieq, Marlina Yased.
Beliau membiayai pakaian seragam dan alat walkie-talkie mereka dengan bantuan seorang penderma.
"Ia bukan soal menjauhkan mereka daripada masalah, tetapi mengalihkan masa bermain mereka kepada sesuatu yang lebih bermakna. Apabila mereka memegang walkie-talkie, mereka berasa benar-benar menjadi pasukan kecemasan dalam masyarakat," kata Cik Marlina.
Secara purata, mereka membuat enam laporan bagi setiap rondaan, dengan tindakan lanjut diuruskan Cik Marlina bersama pihak majlis bandaran.
Kesemua kanak-kanak tersebut tinggal di blok sewa berhampiran.
Memandangkan sesetengah ibu bapa mereka kerja syif, Cik Marlina memainkan peranan sebagai pembimbing dewasa dan memastikan mereka mematuhi peraturan.
"Jika ponteng sekolah, selama seminggu mereka tidak boleh sertai ERT. Mereka akan digantung buat sementara sehingga membuktikan sebaliknya.
"Atau jika ada yang tidak lakukan kerja rumah, semua tidak akan meronda, dan perlu membantunya dengan kerja rumah. Dengan cara itu, mereka akan rasa bermotivasi dan tidak tertekan.
"Pada peringkat awal ERT, semua kanak-kanak tidak terkawal. Selepas nilai-nilai diterapkan secara perlahan-lahan, mereka mula belajar dan kini menjadi lebih baik," kata Cik Marlina.
Beliau turut mengelolakan peti sejuk masyarakat di kawasan itu, bagi membantu para penduduk yang dililit masalah kurang makanan atau kewangan.
"Keluarga datang dan pergi kerana terdapat banyak flat sewa di sini. Apa yang kami cuba bina ialah, anda datang, walaupun hanya di sini untuk sementara, tidak mengapa. Kami tetap ada dan ingin menanam kenangan dalam diri mereka," kata beliau.
Para pakar berkata, inisiatif sedemikian dapat membina keyakinan diri pada kanak-kanak, menerapkan kemahiran kepimpinan serta mengukuhkan ikatan sosial, terutamanya di kawasan kejiranan yang kurang kemampuan.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.