Skip to main content

Singapura

Remaja dengan sejarah keganasan rayu hakim tidak hantarnya ke latihan pemulihan

Seorang remaja yang menggunakan kekerasan dan mencederakan seorang lelaki berusia 38 tahun dan dua pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), dikenakan latihan pemulihan selama 12 bulan pada Isnin (8 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja dengan sejarah keganasan rayu hakim tidak hantarnya ke latihan pemulihan

(Gambar hiasan: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 09 Jun 2020 12:53PM Dikemas Kini : 09 Jun 2020 12:56PM

SINGAPURA: Seorang remaja yang menggunakan kekerasan dan mencederakan seorang lelaki berusia 38 tahun dan dua pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), dikenakan latihan pemulihan selama 12 bulan pada Isnin (8 Jun).

Muhammad Syamie Muhammad Ashari, yang tidak diwakili peguam menangis di mahkamah sambil berkata bahawa dia tidak ingin dihantar ke Pusat Latihan Pemulihan kerana ada "ramai orang jahat di sana".

"Saya tidak mahu bercampur dengan mereka. Saya mungkin menjadi lebih teruk. Jika saya dikenakan probesyen, saya mempunyai pilihan bergaul dengan orang baik dan bukan orang jahat," rayu remaja 17 tahun itu kepada Hakim Daerah Teo Guan Kee.

Bagaimanapun hakim tersebut ketika memerintahkannya untuk menjalani program pemulihan dan bukan probesyen - kedua-duanya adalah pilihan hukuman untuk para pesalah berusia di bawah 21 tahun - berkata bahawa remaja itu tiada sebab untuk mendakwa bahawa dia akan menjadi lebih teruk selepas menjalani latihan pemulihan.

Malahan selepas hukuman dijatuhkan, Syamie terus menangis sambil berkata: "Saya benar-benar merayu. Tolong. Saya sudah berubah. Saya akan mendengar kata ibu saya. Saya benar-benar mahu menyumbang kembali kepada masyarakat."

Mendengar rayuan itu, hakim itu berkata: "Saya tidak mengambil itu daripada anda. Anda masih boleh melakukannya."

Hakim Daerah Teo berkata bahawa hukuman latihan pemulihan adalah "lebih sesuai" untuk mencegahnya daripada melakukan kesalahan itu pada masa kelak, memandangkan jenis kesalahan yang dilakukannya kini, yang termasuk "keganasan yang agak besar" - yang dilakukan semasa diikat jamin.

Syamie menghadapi lapan tuduhan dan pihak pendakwa meneruskan prosiding dengan empat tuduhan, dengan Syamie mengaku bersalah ke atas tuduhan-tuduhan tersebut.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita