Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja bentan yang salah guna dadah pada umur 8 tahun lawan perintah mahkamah untuk hantarnya ke Rumah Budak Lelaki

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja dengan "sikap pro-jenayah" yang mula menyalahgunakan dadah pada usia lapan tahun membuat rayuan terhadap perintah mahkamah remaja untuk menghantarnya ke Rumah Budak Lelaki Singapura.

Remaja yang kini berusia 15 tahun itu dijatuhkan hukuman pada November untuk dihantar ke Rumah Budak Lelaki Singapura selama 24 bulan.

Dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan, dengan 11 pertuduhan lagi diambil kira.

Jenayah yang dilakukan termasuk menyimbah cat pada pintu rumah dalam gangguan tailong, mencuri rokok, mencuri kad tunai daripada motosikal, mencuri minuman keras dan Coca-Cola serta kegagalan memakai pelitup di dalam kereta api.

Dalam hukuman yang dikeluarkan pada Rabu (14 Dis), Hakim Daerah Goh Kiat Yi berkata alasan keputusannya bagi hukuman itu adalah kerana remaja itu "tidak puas hati" dengan perintah mahkamah untuk menghantarnya ke pusat pemulihan budak-budak dan telah memfailkan rayuan.

Hakim berkata bahawa remaja itu telah melakukan kesalahan antara Oktober 2020 dan Ogos 2022, ketika dia berusia antara 13 dan 15 tahun.

"Walaupun remaja itu melakukan banyak kesalahan yang serius, dia tidak menyebabkan kecederaan fizikal secara langsung kepada mangsa. Memandangkan umurnya dan mengambil kira jenis kesalahan, pemulihan kekal sebagai pertimbangan dominan di bawah peringkat pertama siasatan," kata hakim.

Remaja itu dipertimbangkan untuk probesyen tetapi didapati tidak sesuai.

Pegawai probesyen sebaliknya mengusulkan dia ditempatkan di Rumah Budak Lelaki Singapura untuk 24 bulan.

Pegawai mendapati risiko remaja itu untuk melakukan kesalahan semula adalah sangat tinggi.

Faktor risiko termasuk sikap pro-jenayahnya, pemikiran akibat yang lemah dan kesetiaan rakan sebaya yang salah.

Dia terus melakukan kesalahan semasa dalam ikat jamin justeru menunjukkan dia secara terang-terangan mengabaikan undang-undang, tiada rasa kesal dan mempunyai tingkah laku untuk melakukan kesalahan yang mendalam.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan