Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja bantu siasatan polis berhubung kes curi bas di Tampines

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja bantu siasatan polis berhubung kes curi bas di Tampines

(Gambar: Instagram/cast_canstransit)

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki sedang membantu dalam siasatan berhubung kes yang melibatkan pencurian sebuah bas di Tampines, menurut polis pada Khamis (13 Apr).

Polis dimaklumkan tentang kes pencurian sebuah kenderaan di Tampines Avenue 10 pada Rabu, sekitar pukul 10.00 malam.

Siasatan masih dijalankan.

Kenderaan yang dicuri itu milik pengendali bas privet A&S Transit (A&S).

APA YANG DIPERCAYAI BERLAKU

Sebuah catatan di Instagram mendakwa "seorang remaja berusia 12 tahun memandu sebuah bas di sekitar kawasan Tampines" dari sekitar pukul 7.30 pagi hingga sekitar tengah hari Rabu.

Ia juga menambah bahawa remaja lelaki itu "memandu sejauh 100km" dalam tempoh lima jam.

Catatan itu juga menyatakan remaja lelaki berkenaan "dilihat cuba mencuri satu lagi bas" pada Selasa malam tetapi tidak dapat menggerakkan kenderaan itu.

TIADA NIAT SEBAR ISU KEPADA ORANG RAMAI

Pengendali bas A&S sedia maklum berhubung keprihatinan mengenai kenderaan yang dicuri itu, menurutnya dalam catatan di Facebook pada Khamis.

Dalam satu lagi catatan pada hari yang sama, pengendali itu menyatakan pihaknya sedar tentang keprihatinan orang awam berhubung kes bas yang dicuri tetapi menambah isu itu melibatkan seorang kanak-kanak di bawah umur dan pihaknya enggan memberi sebarang tekanan yang tidak perlu ke atas budak itu memandangkan "sudah menghampiri musim peperiksaan".

"Bukan menjadi niat A&S untuk hal ini diketahui orang ramai," dedahnya, sambil menambah bahawa pihaknya berharap "semua orang dapat mengambil pendekatan untuk memaafkan sebagai panduan kepada belia kita dan menyokong mereka dalam minat mereka".

"Kami mahu mengambil peluang ini untuk menggesa orang ramai, pemerintah dan pertubuhan supaya tidak menghukum belia kita, tetapi untuk melihat insiden ini sebagai gesaan untuk merasai semangat dalam kalangan generasi lebih muda dan menyokong mereka dengan lebih banyak wadah dan peluang untuk mengejar minat mereka."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan