Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja antara 64 individu diberkas dalam serbuan dadah SG, lebih 11kg ganja dirampas

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja antara 64 individu diberkas dalam serbuan dadah SG, lebih 11kg ganja dirampas

(Gambar: CNB)

Diterbitkan : 23 Mar 2024 01:05PM Dikemas Kini : 23 Mar 2024 09:07PM
SINGAPURA: 64 suspek pesalah dadah diberkas dalam operasi seluruh negara daripada 18 hingga 22 Mac, di mana lebih 11 kilogram (kg) ganja dan dadah jenis lain dirampas.

Beberapa remaja terdiri daripada suspek diberkas. Suspek paling muda adalah pelajar 17 tahun, dedah Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan media pada Sabtu (23 Mac).

Pelajar tersebut merupakan di antara kumpulan empat remaja yang diberkas di sebuah flat di Compassvale Walk di Sengkang pada pagi 18 Mac.

Kira-kira 16 gram (g) Ice, penimbang digital, sejumlah paket plastik kosong dan peralatan dadah ditemui daripada bilik tidur remaja 18 tahun.

"Siasatan awal mendapati remaja 18 tahun itu terlibat dalam kegiatan mengedar dadah dan dibantu dua suspek 19 tahun," tambah CNB.

Kawasan lain di mana operasi tersebut dijalankan termasuk Ang Mo Kio, Woodlands dan Yishun.

Pegawai CNB memintas sebuah kereta di Yishun Avenue 2 pada 21 Mac dan memberkas pemandu 40 tahun dan penumpangnya, seorang lelaki 32 tahun.

Kira-kira 10kg ganja, 1kg Ice, 10g ketamine, 82g Ecstasy, 46 lembar LSD dan 3,812 pil Erimin-5 ditemui di dalam kereta tersebut.

Pegawai CNB kemudian menyerbu rumah mereka di Sembawang Close dan Woodlands Street 81.

Lebih banyak dadah ditemui, termasuk hampir 1.5kg ganja dan 19 botol cecair disyaki mengandungi GHB.

Secara keseluruhan, dadah yang dirampas semasa operasi seluruh negara bernilai kira-kira S$550,000.

"Dadah yang dirampas kira-kira 11,467g ganja dan 1,336g Ice boleh memenuhi ketagihan kira-kira 2,400 penagih selama seminggu," dedah CNB.

Bercakap tentang penahanan remaja-remaja tersebut, pengarah penguatkuasaan CNB Saherly Limat berkata ini adalah "petanda yang membimbangkan", memetik tinjauan Institut Kesihatan Mental yang mendapati lebih daripada 41 peratus daripada mereka yang menyalahgunakan dadah bermula sebelum usia 18 tahun.

Usia purata penyalahgunaan dadah di Singapura yang mula mengambil bahan haram adalah kira-kira 16 tahun, menurut tinjauan itu.

“Pendidikan awal dan campur tangan daripada ibu bapa adalah penting. Kami menggesa semua ibu bapa untuk menasihatkan anak mereka lebih awal, jadilah pembimbing mereka ke arah kehidupan bebas dadah,” tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan