Skip to main content

Singapura

Remaja akan didakwa pukul mangsa dengan batang besi di Sengkang

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja akan didakwa pukul mangsa dengan batang besi di Sengkang

Gambar fail: Jeremy Long

Diterbitkan : 27 Mar 2024 11:21AM
SINGAPURA: Seorang remaja lelaki 15 tahun akan didakwa pada Rabu (27 Mac), atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, selepas mangsa diserang dengan batang besi di Sengkang.

Seorang individu yang tidak dikenali memukul mangsa dengan batang besi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya, sedang mangsa berjalan di Fernvale Lane, tulis polis dalam kenyataan media pada Rabu.

Mangsa mengalami cedera ringan akibat serangan itu, tambah polis.

Polis menyatakan ia menerima laporan mengenai kes serangan tersebut pada pada 22 Mac, kira-kira 12.00 tengah malam. Siasatan awal menunjukkan serangan itu bukan disebabkan provokasi.

Melalui bantuan gambar daripada kamera polis, para pegawai daripada Divisyen Polis Ang Mo Kio mengenal pasti identiti remaja tersebut dan dia diberkas pada Isnin (25 Mac).

Remaja itu akan didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. Jika didapati bersalah, dia mungkin berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau sebatan, atau sebarang gabungan hukuman yang disebutkan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita