Skip to main content

Singapura

Remaja 21 tahun yang tampar kakitangan SMRT didakwa

Remaja yang dipercayai menampar kakitangan SMRT berusia 69 tahun didakwa hari ini (29 Ogos) atas tudahan sengaja menyebabkan kecederaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 21 tahun yang tampar kakitangan SMRT didakwa

Gambar fail penumpang di stesen MRT Raffles Place (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 01:52PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 01:53PM

SINGAPURA: Remaja yang dipercayai menampar kakitangan SMRT berusia 69 tahun didakwa hari ini (29 Ogos) atas tudahan sengaja menyebabkan kecederaan.

Shafuan Juraimi, 21, dituduh menampar muka Encik Gian Cheng Kuan menggunakan tangan kanannya pada sekitar 7.30 malam pada 25 Jun tahun ini.

Encik Gian, seorang duta khidmat SMRT, menegur Shafuan yang memakan di platform MRT Raffles Place. Encik Gian ketika itu sedang bertugas untuk mengawal kesesakan di stesen kereta api.

Memakan di stesen kereta api atau dalam kereta api adalah satu kesalahan di bawah Akta Sistem Gerak Cepat. Para pesalah boleh didenda sehingga S$500.

Ketika Encik Gian memberitahu Shafuan supaya jangan makan di situ, Shafuan enggan bekerjasama dan sebaliknya minum di tempat yang sama.

Apabila dinasihati sekali lagi, Shafuan dipercayai menampar Encik Gian sebelum melarikan diri.

Polis dimaklumkan tentang insiden itu pada hari yang sama dan mengenal pasti Shafuan melalui siasatan dan rakaman CCTV.

Shafuan merancang untuk mengaku bersalah dan akan dihadapkan semula ke mahkamah bulan depan.

Atas kesalahan sengaja mengakibatkan kecederaan, Shafuan boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya.

Naib Presiden Perhubungan Korporat SMRT Margaret Teo memberitahu Mediacorp bahawa kakitangan SMRT perlu bekerja dalam "sekitaran yang selamat dan teratur di mana mereka dihormati dan arahan mereka dipatuhi".

"Sebarang penganiayaan secara fizikal atau lisan terhadap kakitangan pengangkutan awam tidak akan dianggap enteng dan dilaporkan kepada pihak berkuasa," tambah beliau. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita