Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 19 tahun ditahan kerana bunuh bapanya di Yishun, akan didakwa pada Rabu

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun akan didakwa pada Rabu (12 Okt) atas tuduhan membunuh bapanya yang berusia 47 tahun.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, polis menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di sebuah unit kediaman di Yishun Avenue 4 pada kira-kira 7.05 malam pada hari yang sama.

Seorang lelaki berusia 47 tahun ditemui terbaring tidak bergerak di luar unit kediaman itu dan disahkan mati oleh anggota paramedik. 

Anak lelakinya ditahan di tempat kejadian.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Rabu atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302(1) Kanun Keseksaan 1871.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah membunuh berdepan dengan hukuman mati.
 

Sumber : Today/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan