Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 19 tahun didakwa kerana bunuh bapa sendiri

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 19 tahun didakwa kerana bunuh bapa sendiri

Yishun Avenue 4. (Gambar: Google Street View)

SINGAPURA: Seorang remaja berusia 19 tahun didakwa di mahkamah pada Rabu (12 Okt) atas tuduhan membunuh bapanya dua hari lalu.

Remaja itu dituduh menyebabkan kematian bapanya, seorang lelaki berusia 47 tahun, pada 10 Oktober.

Polis sebelum ini mendedahkan dalam kenyataannya pihaknya menerima panggilan meminta bantuan sekitar pukul 7.05 malam pada hari itu.

Mereka mendapati mangsa terbujur kaku di luar unit perumahan di Yishun Avenue 4. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Remaja itu juga ditangkap di tempat kejadian.

Remaja berkenaan diwakili para peguam Sunil Sudheesan dan Joyce Khoo dari Quahe Woo & Palmer.

Pendakwa polis meminta supaya tertuduh ditahan reman seminggu, dengan kebenaran untuk membawanya keluar bagi menjalankan siasatan dan untuk kembali ke tempat kejadian.

Apabila ditanya sama ada perintah mahkamah untuk tidak mendedahkan identiti diperlukan, sambil merujuk kepada adik-beradiknya, pendakwa berkenaan berkata beliau belum menerima sebarang arahan setakat ini.

Encik Sudheesan membuat tiga permohonan bagi pelbagai jenis akses kepada kliennya - akses tanpa had, akses terhad dan kebenaran untuk bertemu tertuduh di hadapan pegawai penyiasat untuk menjelaskan haknya.

Beliau berkata beliau membuat permohonan-permohonan itu beberapa kali di hadapan hakim yang sama, Hakim Daerah Terence Tay.

Beliau berkata beliau berhasrat berbual dengan anak guamnya mengenai haknya di bawah undang-undang serta kemungkinan pembelaan terhadap tuduhan membunuh itu.

Jika didapati bersalah atas tuduhan membunuh, remaja itu boleh dijatuhi hukuman mati.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan