Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 19 tahun antara 2 lelaki diberkas seludup 4,150 karton rokok; elak cukai lebih S$400,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua warga Singapura berusia 19 dan 26 tahun diberkas kerana memiliki 4,150 karton rokok seludup dan mengelak membayar cukai bernilai hampir setengah juta dolar.

Dalam sidang media pada Isnin (8 Mei), Kastam Singapura menyatakan bahawa cukai dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan bernilai sekitar S$407,530 dan S$36,686, membawa jumlah keseluruhan kepada S$444,216.

Kedua-dua lelaki itu diberkas dalam dua operasi yang dijalankan di Tuas pada 3 Mei.

Kastam Singapura menyatakan bahawa para pegawainya para pegawainya ternampak seorang lelaki membuka petak tepi sebuah van di kawasan berdekatan Tuas Bay Close.

Para pegawai memberkas lelaki itu selepas menemui 2,072 karton rokok tidak dibayar cukai di dalam van tersebut ketika ia diperiksa.

Lelaki kedua yang menuju ke arah van itu juga diberkas.

Siasatan Kastam Singapura mendapati, salah seorang lelaki itu diupah oleh lelaki kedua untuk mengambil van tersebut di Tuas Bay Close dan kemudian menghantar rokok yang tidak dibayar cukai, menurut Kastam Singapura.

Para pegawai menemui lagi 2,078 karton rokok tidak dibayar cukai di sebuah van lain ketika siasatan susulan dijalankan pada hari yang sama.

Rokok yang tidak dibayar cukai dan dua kenderaan dirampas, dengan siasatan masih dijalankan.

Di bawah Akta Kastam dan Akta GST, perbuatan membeli, menjual, mengedar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai dianggap sebagai satu "kesalahan serius", tambah kenyataan itu.

Pesalah berdepan dengan denda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielakkan dan boleh dihukum penjara sehingga enam tahun.

Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan tersebut juga boleh dirampas.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan