Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 18 tahun didakwa tipu S$8,500 libat tiket kelab malam, Marquee Singapore

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 18 tahun didakwa tipu S$8,500 libat tiket kelab malam, Marquee Singapore

Gambar: Marquee Singapore/Facebook

SINGAPURA: Seorang remaja 18 tahun didakwa di mahkamah pada Jumaat (12 Ogos) selepas disyaki terlibat dalam penipuan melibatkan pembayaran awal bagi tiket ke sebuah kelab malam popular, Marquee Singapore.

Alden Christopher Tan Choon Siang, seorang warga Singapura, berdepan dengan satu tuduhan menipu.

Dalam satu kenyataan media pada Khamis (11 Ogos), polis menyatakan pihaknya dimaklumkan pada 31 Jul mengenai penipuan berkenaan. Polis difahamkan mangsa ternampak kiriman pos di ruang sembang "SG Clubbing" di Telegram, yang mengiklankan penjualan tiket untuk memasuki Marquee Singapore.

Tiket yang dijual adalah untuk beberapa acara yang sudah habis dijual di lelaman rasmi Marquee Singapore, yang merupakan kelab malam terbesar di Singapura. Harga tiket untuk acara-acara di kelab tersebut biasanya bermula dari S$40, menurut laman Marquee Singapore.

Polis menyatakan mangsa diperdaya untuk membuat pembayaran awal. Tan diberkas pada Khamis (10 Ogos).

Siasatan mendedahkan bahawa Tan dipercayai dikaitkan dengan lebih 30 penipuan e-dagang, melibatkan sekitar S$8,500, tambah polis.

Menurut dokumen mahkamah pada sekitar 29 Jul, Tan memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan S$1,020 kepadanya dengan berbohong bahawa dia mempunyai tiket ke sebuah acara di kelab malam tersebut.

Tan ditawarkan ikat jamin sebanyak S$15,000 pada Jumaat (12 Ogos). Kesnya ditangguhkan ke 8 Sep bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Pesalah muda berusia 21 tahun ke bawah juga boleh dijatuhkan hukuman probesen atau latihan pemulihan.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan