Remaja 18 tahun didakwa edar pod vape dibubuh etomidate
Vape dan pod vape disyaki dibubuh etomidate, yang dirampas. (Gambar: HSA)
SINGAPURA: Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa di mahkamah pada Jumaat (17 Okt) kerana dipercayai mengedar pod vape yang disyaki dicampur dengan etomidate, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA).
Pod tersebut, yang disyaki mengandungi etomidate, ditemui dalam kenderaan Kwek Rui An Rayern oleh para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (16 Okt).
Kes itu sudahpun dirujuk kepada HSA.
Dua vape dan 127 pod vape yang disyaki mengandungi etomidate dirampas dari kenderaan tersebut.
Lima pod lain dirampas dari kediamannya di Bedok, menurut HSA.
Pod-pod yang dirampas sedang diuji bagi bahan etomidate, tambah HSA.
Siasatan masih dijalankan.
Kes tersebut ditangguh hingga ke 24 Oktober.
“HSA memandang serius terhadap kesalahan mengedar vape dan etomidate,” kata ICA.
Di bawah rangka kerja penguatkuasaan yang dipertingkatkan sejak 1 September, pengimport, penjual dan pengedar vape yang dibubuh etomidate kini berdepan hukuman lebih berat.
Pengimport vape etomidate boleh dihukum penjara antara tiga hingga 20 tahun serta sebatan antara lima hingga 15 kali, manakala penjual dan pengedar boleh dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun serta sebatan rotan antara dua hingga lima kali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.