Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 18 tahun antara lima ditahan, rompak kereta dari bengkel

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2022 08:12AM Dikemas Kini : 04 Jun 2022 09:54PM

SINGAPURA: Lima orang termasuk seorang remaja berusia 18 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam beberapa siri rompakan kereta di bengkel, kata polis pada Jumaat (3 Jun).

Antara 23 Mei dengan 31 Mei, polis menerima laporan bahawa enam kereta dicuri dari bengkel sekitar Kim Chuan Terrace dan Kaki Bukit Road 4.

Siasatan awal mendapati kereta itu tidak dikunci dan kuncinya ditinggalkan di dalam kenderaan yang diletakkan di bengkel.

“Melalui siasatan dan  bantuan rakaman daripada kamera Polis dan CCTV, pegawai dari Bahagian Polis Bedok, Bahagian Polis Ang Mo Kio dan Jabatan Perisikan Polis, berjaya mengenal pasti identiti enam orang,” kata polis.

Lima suspek berkenaan berusia antara 18 dengan 45 tahun dan ditahan antara 1 Jun dengan 3 Jun.

Seorang daripada suspek tersebut, lelaki berusia 29 tahun, didakwa mempunyai kad pengenalan milik orang lain semasa ditahan, kata polis. Dia diberkas atas kesalahan tambahan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1965.

Lima kereta sudah ditemui semula dan siasatan terhadap seorang lelaki berusia 42 tahun, dan dua wanita, berumur 34 dan 36, masih diteruskan.

Lelaki berusia 29 tahun itu serta dua lagi suspek iaitu seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki, 45 tahun akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (4 Jun) atas tuduhan mencuri kenderaan bermotor dengan niat sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Bagi kesalahan memiliki kad pengenalan orang lain tanpa diberi kuasa yang sah, lelaki itu boleh didenda sehingga S$10,000, penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan kunci kereta di dalam kenderaan, dan mengunci kereta pada bila-bila masa walaupun ditinggalkan untuk seketika.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan