Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 18 tahun antara 71 diberkas; CNB rampas dadah bernilai S$157,000 dalam operasi merata SG

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 18 tahun antara 71 diberkas; CNB rampas dadah bernilai S$157,000 dalam operasi merata SG

Wang tunai dirampas oleh CNB dalam satu operasi yang dijalankan pada 20 Nov 2023. (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Seorang remaja berusia 18 tahun adalah antara 71 suspek pesalah dadah yang diberkas dalam operasi merata negara yang dijalankan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Dadah bernilai sekitar S$157,000 turut dirampas, dedah CNB dalam satu kenyataan media pada Selasa (28 Nov).

Ia merangkumi sekitar 881g heroin, 193g Ice, 137g ganja dan pil Erimin-5. Wang tunai sekitar S$22,580 turut dirampas.

Operasi dari 19 Nov hingga 24 Nov itu merangkumi kawasan-kawasan seperti Ang Mo Kio, Bukit Batok, Kallang dan Punggol.

PISAU, BUKU LIMA DIRAMPAS

Pada petang 19 Nov, CNB memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun yang disyaki terlibat dengan kesalahan dadah berdekatan Pasir Ris Street 11.

Warga Singapura itu cuba mengelak daripada diberkas dengan memanjat keluar dari tingkap sebuah unit kediaman di tingkat dua.

Dia akhirnya ditangkap di tingkat bawah dan dibawa ke kediamannya di mana kira-kira 11g Ice, pelbagai peralatan dadah, kain lap buku lima dan pisau kerambit ditemui.
Kain lap buku lima dan pisau kerambit ditemui dalam sebuah unit kediaman berdekatan dengan Pasir Ris Street 11 semasa satu operasi CNB yang dijalankan pada 19 Nov 2023. (Gambar: CNB)
Dadah terkawal, termasuk heroin, dirampas di kawasan Redhill Close semasa satu operasi CNByang dijalankan pada 20 Nov 2023. (Gambar: CNB)
GANJA DITEMUI

Dua lelaki warga Singapura diberkas kerana disyaki melakukan kesalahan mengedar dadah dalam serbuan berasingan CNB pada 20 Nov.

Seorang lelaki berusia 64 tahun diberkas di kawasan Redhill Close dengan para pegawai memasuki kediamannya secara paksa selepas dia enggan membuka pintu. Pemeriksaan ke atas unit itu menemui kira-kira 81g heroin, 13g Ice dan wang tunai sebanyak S$22,580.15.

Pihak berkuasa juga terpaksa masuk secara paksa "tempat persembunyian" seorang lelaki berusia 52 tahun berhampiran Champions Way di Woodlands. Kira-kira 679g heroin dan 95g Ice dirampas, dedah CNB.

Siasatan terhadap kesemua suspek yang diberkas sedang dijalankan.

Mengedar atau menawarkan untuk mengedar dadah terkawal adalah satu kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana mengedar lebih 15g diamorphine atau "heroin tulen" boleh dikenakan hukuman mati.
Seorang suspek pesalah dadah diberkas pegawai-pegawai CNB dalam satu serbuan operasi dadah di merata negara. (Gambar: CNB)
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan