Remaja 17 tahun diberkas kerana memandu di bawah pengaruh dadah; vape turut dirampas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja diberkas pada petang Jumaat (16 Jan) kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan memandu secara berbahaya.
Remaja lelaki berusia 17 tahun itu enggan mematuhi arahan polis trafik untuk menjalani pemeriksaan rutin sekitar pukul 10.50 malam pada Jumaat (16 Jan) dan sebaliknya memecut laju, menurut polis pada Ahad (18 Jan) semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.
Menurut polis, para pegawai polis trafik sedang meronda di Paya Lebar Road menuju ke Upper Paya Lebar Road, berhampiran jalan susur masuk ke PIE menuju ke Lapangan Terbang Changi apabila mereka memberi isyarat kepada sebuah kereta untuk berhenti bagi pemeriksaan rutin.
Para pegawai mengejar kenderaan tersebut selepas pemandunya tidak mematuhi arahan dan memecut laju.
"Semasa mengejar kereta itu, kereta tersebut berlanggar dengan empat kereta dan sebuah van," menurut polis.
Kereta itu ditemui di Marine Parade Road menuju Bedok South Avenue 1, di mana ia telah berlanggar dengan sebuah kereta lain.
Pemandu itu, yang cuba melarikan diri, telah ditangkap sejurus selepas itu.
"Dia juga sedang disiasat atas kesalahan memandu sekalipun masih bawah umur, menggunakan kenderaan tanpa insurans, menggunakan kenderaan yang dibatalkan pendaftarannya, memandu kenderaan yang mempunyai cukai jalan yang tamat tempoh dan menggunakan lesen palsu," kata polis.
Vape juga ditemui di dalam keretanya dan kes itu akan dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA).
Siasatan sedang diteruskan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.