Skip to main content

Singapura

Remaja 17 tahun diberkas atas rompakan bersenjata di Jurong West

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes rompakan bersenjata, menurut polis pada petang Jumaat (19 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 17 tahun diberkas atas rompakan bersenjata di Jurong West
Remaja itu dipercayai melakukan rompakan bersenjata dengan menggunakan sebilah kerambit pada 18 Disember 2025. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes rompakan bersenjata, menurut polis pada petang Jumaat (19 Dis).

Pada sekitar pukul 10.35 malam pada Khamis lalu, polis dimaklumkan tentang satu kes rompakan bersenjata di Jurong West Street 93.

Remaja itu dipercayai melibas sebilah kerambit ke arah mangsa dan menuntut supaya mangsa menyerahkan telefon bimbit dan cincin emasnya.

Dia diberkas dalam tempoh 10 jam, menurut polis, sambil menambah bahawa barang-barang yang dicuri dan senjata yang digunakan telah dirampas sebagai bukti kes tersebut.

Remaja itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas kes rompakan bersenjata. Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, dan sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan.

“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan jenayah seperti ini dan akan mengambil segala langkah untuk memberkas pesalah serta mengambil tindakan yang selaras dengan undang-undang.”
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita