Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 16 tahun yang alami serangan jantung selepas suntikan COVID-19 mungkin dibenar keluar hospital dalam minggu mendatang

Belia 16 tahun yang mengalami serangan jantung pada bulan lalu, enam hari selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19, sedang pulih dengan baik dan mungkin dibenarkan keluar hospital dalam minggu-minggu akan datang, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kemas kini pada Isnin (16 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
01:02 Min
Belia 16 tahun yang mengalami serangan jantung pada bulan lalu, enam hari selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19, sedang pulih dengan baik dan mungkin dibenarkan keluar hospital dalam minggu-minggu akan datang, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kemas kini pada Isnin (16 Ogos).
Diterbitkan : 16 Aug 2021 04:44PM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 09:21PM

SINGAPURA: Belia 16 tahun yang mengalami serangan jantung pada bulan lalu, enam hari selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19, sedang pulih dengan baik dan mungkin dibenarkan keluar hospital dalam minggu-minggu akan datang, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kemas kini pada Isnin (16 Ogos).

Menurut Kementerian itu siasatan perubatan mendapati remaja itu menghidap miokarditis atau radang otot jantung akut yang teruk, mungkin dari vaksin COVID-19, yang mungkin diterukkan lagi dengan kegiatan angkat berat serta pengambilan kafein yang tinggi melalui minuman tenaga dan supleman atau makanan tambahan kesihatan.

Remaja itu, yang menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech / Comirnaty pada 27 Jun, berada dalam keadaan kritikal setelah dia rebah di rumah setelah melakukan latihan angkat berat di gimnasium pada 3 Julai.

MOH sebelum ini menyatakan bahawa dia berlatih dengan alat mengangkat berat melebihi berat badannya.

Dalam kenyataannya hari ini, kementerian itu menyatakan beliau tersebut kini sedang menjalani pemulihan pesakit dalam, dan membuat kemajuan baik dan serta boleh menjalankan kegiatan sehariannya tanpa bantuan.

Namun, setelah keluar dari hospital, dia mungkin memerlukan pemulihan pesakit luar buat beberapa waktu sebelum dapat kembali ke sekolah dan meneruskan aktiviti lain, tambah MOH.

Pasukan perubatan akan terus memantau keadaan dan rawatannya, kata kementerian itu lagi.

Memandangkan keadaannya ada berkaitan dengan vaksin, belia itu dan keluarganya diberi bantuan kewangan sekali sahaja sebanyak S$225,000 di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin MOH (VIFAP).

Panel klinikal bebas yang dilantik untuk menilai aplikasi VIFAP menyatakan belia itu sedang pulih dengan baik namun kerana keadaannya teruk dan kritikal, dia akan memerlukan rawatan dan pemulihan buat beberapa waktu lagi, kata MOH.

'TERUS HINDARI AKTIVITI FIZIKAL YANG BERAT'

Berdasarkan penemuan itu, MOH menyatakan sebagai langkah berjaga-jaga, semua penerima vaksin, terutama remaja dan lelaki muda, harus mengelakkan aktiviti fizikal yang berat selama satu minggu selepas setiap pusingan dos vaksin pertama dan kedua mereka.

Mereka juga harus mendapatkan rawatan perubatan dengan segera sekiranya mengalami sakit dada, sesak nafas atau degupan jantung yang tidak normal. Individu yang menghidap miokarditis dari dos pertama vaksin COVID-19 mRNA mereka juga tidak boleh menerima dos selanjutnya, tambah MOH.

Meskipun terdapat sedikit risiko miokarditis atau perikarditis berikutan pemberian vaksin, MOH menarik perhatian bahawa kadar kejadian tempatan tetap rendah pada 0.48 bagi setiap 100,000 dos yang diberikan, berdasarkan pemantauan yang sedang dijalankan Lembaga Sains Kesihatan (HSA).

Sebilangan besar daripada mereka juga memberi respons yang baik terhadap rawatan dan telah pulih atau keluar dari hospital, katanya.

MOH juga menekankan lagi bahawa vaksinasi menggunakan vaksin yang diluluskan di bawah program vaksinasi nasional terus disarankan bagi semua orang yang memenuhi syarat, termasuk remaja dan lelaki muda.

Ini kerana perlindungan yang diperolehi dari vaksin COVID-19 mRNA "terus melebihi risiko vaksinasi", katanya.

Sementara itu, MOH, HSA, dan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 akan terus memantau sebarang kesan buruk yang serius berkaitan vaksin, katanya. 

Sumber : CNA/SU/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan