Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 16 tahun ditangkap, antara 84 yang disyaki pesalah dadah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 84 disyaki pesalah dadah termasuk seorang berusia 16 tahun ditahan dalam satu operasi seluruh negara yang berakhir pada Khamis (14 Apr).

Dadah yang dirampas bernilai lebih daripada S$70,000, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan media.

Ini termasuk 231 gram heroin, 304 gram Ice, 36 gram ketamine, 113 pil ecstasy, lapan pil Erimin-5 dan 16 botol cecair yang dipercayai mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate), menurut agensi itu.

Antara kawasan yang terlibat dalam operasi pada 10 hingga 14 April termasuk Hougang, Telok Blangah dan Yishun.

Dalam satu kes, dua warga Singapura seorang lelaki berumur 27 tahun dan seorang wanita berusia 18 tahun ditahan di kawasan North Bridge Road pada 11 April.

Sekitar 102 gram Ice dan peralatan dadah ditemui dalam kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan. Lebih banyak peralatan dadah ditemui apabila pegawai menggeledah tempat persembunyiannya di kawasan Jalan Sultan.

Dalam satu serbuan yang berbeza di kawasan perumahan sebuah unit di Ang Mo Kio Avenue 10 pada 12 April, seorang lelaki warga Singapura berumur 55 tahun ditahan.

"Polis terpaksa masuk secara paksa kerana lelaki itu tidak mematuhi perintah undang-undang yang diberikan oleh pegawai," menurut CNB.

"Kira-kira 174 gram heroin dan enam gram Ice bersama dengan peralatan dadah dirampas daripada unit berkenaan."

Operasi susulan diadakan pada hari yang sama untuk menangkap pelanggan kepada lelaki yang berumur 55 tahun itu, menurut CNB.

CNB berjaya memberkas dua lagi lelaki warga Singapura berumur 44 dan 45 tahun.

CNB menambah bahawa sisatan terhadap kegiatan dadah kesemua suspek masih dijalankan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan