Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 14 tahun di antara 2 suspek ditangkap berkaitan kes mencuri

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja 14 tahun dan seorang lelaki 36 tahun ditangkap atas kesalahan mencuri di Pusat Beli-Belah Katong.

Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut di sebuah kedai di pusat beli-belah tersebut pada pukul 9.55 malam Jumaat lalu (14 Okt).

Remaja dan lelaki tersebut dikatakan memasuki kedai berkenaan dan mengancam seorang mangsa lelaki menggunakan sebuah pemetik api berbentuk pistol, kata polis dalam satu kenyataan media pada Isnin (17 Okt).

Kedua-dua pesalah dituduh menahan mangsa dan mencuri wang tunai bernilai S$900 darinya.

Mereka melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta tolong, namun pemetik api berbentuk pistol itu ditinggalkan di tempat kejadian.

Tiada sesiapa mengalami kecederaan dalam insiden itu, menurut polis, dan kedua-dua pesalah ditangkap dalam masa 24 jam.

Wang yang dicuri diperolehi daripada pesalah dan disita sebagai bukti kes. Siasatan lanjut mendapati pesalah terlibat dalam kes curi di Sims Place pada 15 oktober sekitar pukul 12.30 pagi - kurang dari tiga jam selepas mencuri di Pusat Beli-Belah Katong.

Remaja dan lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada Isnin (17 Okt) atas kesalahan mencuri.

Mereka yang didapati bersalah mencuri selepas pukul 7.00 malam dan sebelum pukul 7.00 pagi boleh dihukum penjara tiga sehingga 14 tahun, dan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan.

Sekiranya didapati bersalah mencuri di dalam kediaman atau kedai, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Hukuman atas kesalahan menerima harta yang dicuri adalah penjara selama lima tahun, denda atau kedua-duanya.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan