Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 14 tahun antara 96 suspek pesalah dadah ditahan dalam operasi CNB

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA:Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan kerana disyaki mengedar dadah dengan kira-kira 9 gram ganja dan peralatan dadah dirampas dari rumahnya di Lower Delta Road pada Selasa (8 Nov).

Remaja lelaki itu adalah suspek paling muda ditangkap dalam operasi seluruh negara oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dari Ahad hingga Jumaat.

96 orang disyaki pesalah dadah ditangkap dalam operasi itu dan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai lebih S$359,000.

Ia termasuk kira-kira 146 gram (g) heroin, 882 gram Ice, 3,624 gram ganja, 402 gram ketamin, 6 gram bahan psikoaktif baru, 243 gram pil ecstasy, 685 pil Erimin-5, 219 lembar LSD (asid lysergic diethylamide), 23 botol cecair disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate).

"882 gram Ice yang dirampas boleh memenuhi ketagihan kira-kira 500 penyalah guna dadah selama seminggu, manakala 3,624 gram ganja cukup untuk memenuhi ketagihan kira-kira 510 penyalah guna selama seminggu," kata CNB dala satu kenyataan media pada Jumaat.

Pada Isnin lalu, pegawai CNB menahan seorang remaja berusia 17 tahun di kawasan South Buona Vista Road dan menemui kira-kira 371 gram ganja dan peralatan dadah.

Sebanyak lagi 36 gram ganja dan peralatan dadah dirampas dari tempat tinggalnya.

CNB juga berkata dua wanita Singapura berusia 27 dan 30 tahun ditangkap di sekitar Boon Lay Drive pada petang Selasa.

Para pegawai menemui kira-kira 86g Ice, 330g ganja, 43g pil ecstasy dan 60 lembar LSD pada lelaki berusia 27 tahun itu.

"Wanita itu kemudiannya diiringi ke tempat persembunyian mereka di kawasan yang sama," kata CNB. "Sebanyak kira-kira 281g Ice, 456g kanabis, 344g ketamin, 77g pil ecstasy, 548 pil Erimin-5, 110 lembar LSD dan 12 botol cecair yang disyaki mengandungi GHB dirampas lagi."

Pegawai juga menemui lebih banyak dadah di tangga di tingkat yang sama - kira-kira 56g Ice, 756g ganja, 56g pil ecstasy dan 36 lembar LSD.

Anak perempuan wanita berusia 30 tahun itu, yang baru berusia empat tahun, berada di dalam unit berkenaan ketika serbuan dibuat.

Siasatan sedang dijalankan.

Mereka yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 15g heroin tulen, 250g methamphetamine atau 500g ganja mungkin berdepan hukuman mati.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan