Remaja 14 tahun antara 2 warga SG dikenakan Arahan Sekatan setelah jadi radikal berkait konflik Israel-Hamas
Anggaran Waktu Membaca:

Ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri di Singapura. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun adalah antara dua rakyat Singapura yang dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Jun 2024.
Arahan Sekatan juga dikeluarkan pada Julai tahun ini terhadap seorang lagi rakyat Singapura - An’nadya binte An’nahari 33 tahun - yang merupakan seorang bekas pengurus di sebuah lembaga berkanun.
Ini selepas mereka berdua menjadi radikal online ekoran konflik Israel-Hamas.
Pelajar Menengah Tiga itu meluahkan hasrat untuk berjuang bagi Tentera Panji-Panji Hitam (BFA) dan dia juga telah menimbangkan untuk melakukan serangan di Singapura. Remaja tersebut adalah individu paling muda yang telah dikenakan arahan ISA.
Dia menyokong kumpulan-kumpulan militan dan pengganas seperti Hamas, Briged Al-Qassam, Hezbollah dan Houthi serta keganasan mereka terhadap Israel dan orang Yahudi.
Dia bahkan, bertekad untuk berbuat demikian sekalipun dihentikan oleh pihak berkuasa atau keluarganya.
Remaja itu cuba meradikalkan dan mempengaruhi rakan sekolahnya untuk turut serta tetapi gagal.
Dia malah, memperkenalkan satu kumpulan sembang online, di mana dia berkongsi beberapa video dan pautan berhubung keganasan bersenjata.
Dia juga sanggup melakukan serangan di Singapura atas arahan BFA terhadap masyarakat bukan Muslim semasa perayaan tempatan.
Sungguhpun anggota keluarganya tidak menyedari bahawa dia telah menjadi radikal, ibu bapanya mendapati remaja itu semakin lantang mengungkapkan kepercayaannya itu, tetapi tidak merasakan bahawa mereka memerlukan sebarang campur tangan dan bantuan bagi menanganinya.
Setakat ini, siasatan mendapati bahawa remaja tersebut telah bertindak seorang diri.
Sebagai sebahagian daripada program pemulihannya, dia akan menjalani kaunseling agama dan psikologi oleh Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).
Para pegawai ISD juga akan bekerja rapat dengan keluarga serta sekolahnya untuk memastikan sokongan yang mencukupi disediakan kepadanya dan agar persekolahannya tidak terganggu.
WANITA SG 33 TAHUN TIDAK ENDAH NASIHAT DIBERIKAN MENGENAI KEGIATAN MEDIA SOSIALNYA
Individu kedua ialah An'nadya An'nahari, seorang bekas pengurus di sebuah lembaga berkanun.
Pada Mei 2021, catatannya yang dimuat naik ke platform online didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh menggugat keharmonian sosial di sini.
Pada April tahun ini, dia membuat ancaman di platform online untuk menyerang dan membunuh rakyat Israel.
An'nadya menjadi radikal menyusuli serangan kumpulan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023.
Dia mula menonton beberapa video online mengenai keadaan di Gaza, yang sebahagian besarnya menunjukkan rakyat Palestin dibunuh.
Dia juga menyertai beberapa kumpulan media sosial, yang sebilangan besarnya berkongsi maklumat mengenai operasi ketenteraan kumpulan Hamas dan sayap tenteranya, AQB.
Dia kemudian mengetahui lebih lanjut tentang AOR dan operasi ketenteraannya.
Dia mula menganggap kumpulan-kumpulan di bawah AOR sebagai pejuang, sekalipun mengetahui bahawa mereka telah disifatkan sebagai pertubuhan-pertubuhan pengganas di bawah beberapa bidang kuasa.
An'nadya mengambil bahagian secara aktif dalam beberapa kumpulan media sosial pro-AOR, di mana dia akan memperkenalkan dirinya sebagai seorang rakyat Singapura dan secara terbuka menyuarakan sokongannya terhadap AOR dan operasi ganas mereka. Dia sering meluahkan kebenciannya terhadap Israel dan orang Yahudi, dan membuat ancaman ganas terhadap mereka.
An'nadya juga pernah menggesa keganasan terhadap Singapura.
An'nadya mengekalkan hubungan rapat secara online dengan sejumlah individu asing yang pro-AOR daripada kumpulan sembangnya, dan saling bertukar-tukar pandangan ganas, fahaman pelampau dalam mesej peribadi dengan mereka.
Pada Mac 2024, salah seorang kenalan lelaki An'nadya dari luar negara memulakan saluran media sosial baharu, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang operasi ketenteraan AOR dan mendapatkan sokongan orang ramai bagi AOR. Dia mempelawa An'nadya untuk menyertai saluran itu dan menjadi pentadbir, yang dipersetujuinya. Dia secara sukarela melakar Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk saluran tersebut bagi memastikan kandungan saluran itu terus tertumpu kepada sokongan bagi AOR dan operasi ganasnya.
An’nadya juga berkongsi pautan untuk mengajak anggota keluarganya menyertai saluran tersebut tetapi gagal mempengaruhi mereka.
Sokongan kuat An'nadya terhadap AOR dan operasi ganas mereka, dan kesediaannya untuk menyebarkan propaganda bagi menyokong perjuangan mereka, menjadikannya satu keprihatinan keselamatan.
Meskipun dinasihatkan pada 2021 untuk mengambil sikap waspada terhadap kegiatan di wadah media sosialnya, An'nadya tidak mengendahkan nasihat itu. Dia sebaliknya mempertingkatkan lagi kegiatannya di platform online sehingga menjadi radikal.
Dua kes yang dilaporkan itu menjadi satu peringatan bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira usia, jantina, agama atau kerjaya, terdedah untuk menjadi radikal.
Kes-kes ini menekankan betapa konflik di luar negara boleh memberi kesan terhadap landskap keselamatan Singapura. Ia turut menggambarkan risiko radikal yang boleh ditimbulkan oleh naratif kumpulan pelampau terhadap keharmonian sosial dan keselamatan negara.
WASPADA TERHADAP TANDA-TANDA RADIKALISASI
ISD menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan seseorang individu mungkin menjadi radikal.
Ini termasuk:
a) kerap melungsuri laman web radikal
b) memuat naik/berkongsi pandangan extremisme di wadah media sosial
c) berkongsi pandangan tegar mereka dengan rakan-rakan dan saudara-mara
d) mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian terhadap sesebuah kaum atau penganut agama lain
e) meluahkan niat untuk menyertai kegiatan ganas di dalam mahupun luar negara
f) menghasut orang lain untuk melakukan keganasan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.