Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 13 tahun antara 9 orang didakwa merusuh di Lengkok Bahru guna senjata

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 13 tahun antara 9 orang didakwa merusuh di Lengkok Bahru guna senjata

(Gambar: Tangkapan skrin video @singapore_incidents/Instagram)

SINGAPURA: Sembilan individu, dengan yang paling muda berusia 13 tahun, didakwa merusuh dengan membawa senjata berbahaya berhubung kait kes serangan yang berlaku di Lengkok Bahru awal bulan ini, menurut polis pada Khamis (15 Sep). 

Lapan remaja lelaki dan seorang lelaki - yang berusia antara 13 dengan 24 tahun - diberkas setelah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun disyaki diserang oleh sekumpulan pelaku yang membawa pisau. Pergaduhan itu dipercayai tercetus akibat pertikaian lalu. 

Jika didapati bersalah, sembilan individu itu mungkin dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat, menurut polis dalam satu kenyataan baru pada Khamis (15 Sep). 

Polis dimaklumkan mengenai kes berkenaan di kawasan Redhill kira-kira pukul 8.45 malam pada 2 September. 

Mangsa mengalami beberapa kecederaan dan berada dalam keadaan sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. 

Para pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Divisyen Polis Clementi memberkas sembilan individu antara 3 hingga 8 September menyusuli siasatan di kawasan terjejas dan dengan bantuan gambar-gambar kamera polis. 

"Pisau yang dipercayai digunakan sewaktu insiden berkenaan, juga dirampas sebagai bukti kes," menurut polis. 

Dalam video yang tular di media sosial pada Rabu (14 Sep), sekumpulan individu dilihat berlari menyeberangi jalan dari perhentian bas di mana terdapat seseorang yang terbaring di lantai.

Selepas itu, kumpulan sembilan individu tersebut - yang semuanya memakai baju berwarna gelap - dilihat berjalan dengan tenang di kaki lima sedang orang awam membantu lelaki yang cedera. 

Sekurang-kurangnya seorang individu dilihat cuba memikul lelaki itu. 

Video selama 42 saat yang dimuat naik ke laman Facebook Singapore Incidents kemudian menunjukkan kumpulan itu menuju ke kolong blok di sebuah flat HDB.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Polis memberi amaran bahawa ia akan berusaha untuk memberkas pesalah tersebut dan menangani mereka mengikut undang-undang. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan