Remaja 12 tahun yang hilang sejak 16 Apr sudah dijumpai
Seorang remaja 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 16 April sudah dijumpai.
SINGAPURA: Seorang remaja 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 16 April sudah dijumpai.
Demikian menurut polis dalam kemas kini hari ini (21 APr).
Polis mengeluarkan rayuan bagi maklumat pada Isnin (18 Apr) tentang keberadaan Jasmine Ng Jing Yan.
Kali terakhir dia dilihat adalah di kawasan Blok 187B Rivervale Drive di Sengkang pada 16 April.
Polis bagaimanapun tidak memberikan perincian tentang di mana remaja itu dijumpai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.