Relawan Melayu/Islam di Tampines dapat latihan untuk hulurkan bantuan lebih baik buat jiran-jiran memerlukan
Para relawan Melayu/Islam di kawasan Tampines kini mendapat latihan untuk hulurkan bantuan lebih baik buat para penduduk di kawasan itu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para relawan Melayu/Islam di kawasan Tampines kini mendapat latihan untuk hulurkan bantuan lebih baik buat para penduduk di kawasan itu.
Ini lebih-lebih lagi buat para penghuni rumah sewa di Tampines.
Latihan itu juga akan membolehkan bantuan diperluaskan kepada penduduk di semua blok rumah sewa.
Sekitar 100 daripada mereka dan pemimpin masyarakat hadir di acara sesi sembang bersama Anggota Parlimen GRC Tampines, Masagos Zulkifli pada Sabtu (23 Nov).
"Rangkaian M³ sudah di lapangan. Buat masa ini, mereka bekerja rapat dengan masyarakat yang perlukan bantuan, lebih-lebih lagi di blok-blok rumah sewa untuk menyokong usaha pemerintah untuk memperkasakan mereka. Kini, kami ingin perluaskan ke semua blok. Kami melatih para relawan untuk kunjungi jiran-jiran mereka. Dalam proses itu, kami berharap dapat bangunkan rasa saling percaya antara penduduk dengan para relawan," kata Encik Masagos.
"Rangkaian M³ boleh jadi sumber maklumat dan sokongan yang dipercayai, ini genting dalam penyebaran maklumat dalam waktu krisis. Ini akan merapatkan jurang dalam fasa terakhir menyampaikan khidmat yang para penduduk perlukan tapi tak tahu bagaimana untuk mendapatkannya," tambahnya.
Tampines juga merupakan antara enam kawasan di bawah Projek Dian@M³.
Selain bantuan dan khidmat bagi mereka yang memerlukan, isu-isu lain dibangkitkan termasuk tentang ancaman pengganasan serta kehidupan berharmoni dan inklusif.
Isu tentang ancaman pengganasan itu terbit daripada kejadian melibatkan remaja, 17 tahun yang menjadi radikal dan diberkas di Tampines pada Ogos lalu.

Sepanjang dua jam setengah, para peserta yang terdiri daripada para relawan, para pemimpin agama dan duta-duta blok bertukar-tukar pandangan bersama Encik Masagos Zulkifli yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam.
Sesi tersebut juga turut menekankan peranan penting yang dimainkan duta-duta blok dalam memupuk semangat kejiranan dan memperkukuh rasa saling percaya dalam kalangan penduduk.
Encik Masagos juga menarik perhatian kepada kejadian paderi Gereja St Joseph yang ditikam baru-baru ini.
"Walaupun terkejut, ada perasaan kuat bahawa kita tidak sepatutnya bertindak balas dalam kemarahan atau beralih kepada stereotaip," tulis Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook.
"Pengetahuan kawasan setempat dan semangat anda untuk masyarakat adalah aset yang tidak ternilai. Anda adalah mata, telinga, dan suara masyarakat kami. Setiap perbualan yang anda mulakan, setiap kebimbangan yang anda bangkitkan dan setiap inisiatif yang anda sokong menyumbang kepada menjadikan Tampines tempat tinggal yang lebih selamat, lebih berhubung dan harmoni," tambahnya.
Sesi anjuran Persatuan Rakyat (PA), Pusat Harmoni dan Masjid Darul Ghufran itu disertai para relawan, pemimpin agama dan duta-duta blok.
Bagi peserta seperti Cik Sulastri Kamis yang pertama kali menyertai sesi seperti itu, berpuas hati dengan pencerahan yang dikongsi.
Sebagai seorang relawan baharu, beliau kini lebih memahami tentang bantuan-bantuan yang sedia ada untuk membantu jiran-jirannya dengan lebih baik.
"Sesi ini bertujuan untuk memperkasakan kami dengan meningkatkan kesedaran kami dengan platform dan sumber untuk berkhidmat lebih baik dengan masyarakat tetapi juga untuk menangani insiden baru-baru ini di dalam dan di luar negara yang memberi kesan kepada struktur sosial di negara kita yang berbilang kaum.
"Penekanan Menteri Masagos terhadap membina kepercayaan dalam masyarakat dan juga masyarakat Melayu/Islam serta menyeru kami untuk mengutamakan hubungan sesama manusia bagi mengukuhkan perpaduan merupakan peringatan yang baik untuk mencapai," kata Cik Sulastri.
Sesi tersebut diadakan di Masjid Darul Ghufran.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.