Relawan kali pertama pelajari erti menabur bakti pada bulan Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua pertubuhan yang menganjurkan kegiatan kesukarelawanan menyaksikan peningkatan bilangan sukarelawan belia kali pertama tahun ini.
Jumlah tersebut meningkat antara 20 dengan 70 peratus berbanding tahun lalu.
INGIN TABUR BAKTI SELEPAS DIRI SENDIRI PERNAH MENERIMA BANTUAN DARIPADA RELAWAN
Mohamed Nur Aqeed Mohamed Khairul antara belia yang megambil langkah pertama Ramadan ini.

Remaja 19 tahun itu tampil sebagai relawan bersama MEMBINA Community sepanjang bulan Ramadan ini.
"Saya rasa seperti ada sesuatu di dalam diri saya yang boleh melakukan lebih baik, menolong masyarakat dan memberikan kesan kepada yang lain," ujar Aqeed.
Hasratnya berputik untuk memberi kembali kepada masyarakat berdasarkan pengalamannya sendiri.
Aqeed berkata: "Saya sendiri pun dapat pertolongan daripada luar. Apabila keluarga saya memerlukan, kami dapat pertolongan. Ia menunjukkan bahawa relawan boleh bawa impak terutama sekali kepada keluarga-keluarga memerlukan."
"Kadang-kadang, keluarga saya tidak ada makanan, ada masalah kewangan. Kita dapat bantuan daripada Pejabat Khidmat Sosial (SSO). Ia memberi kesan kepada saya kerana kita sekurang-kurangnya dapat bertahan, jadi saya ingin memberi kembali," luahnya lagi.
BANTU MASYARAKAT PEGERAI BAZAR MENERUSI MEDIA SOSIAL
Sejak Ramadan bermula, Aqeed sudah melakukan kegiatan relawan bersama MEMBINA Community di Bazar Kampong Gelam empat kali seminggu.
Aqeed berkata: "Saya akan bertanya kepada mentor saya kalau ada peluang untuk menjadi relawan. Saya lebih rela berada di sini daripada berada di rumah dan tidak buat apa-apa."
Tidak semua bentuk kesukarelawanan berlaku di barisan hadapan mengagihkan bantuan.
Bagi Aqeed, platform media sosial menjadi ruang untuk berbakti.
Aqeed berkata: "Ia memberi saya peluang untuk mempromosikan gerai-gerai. Saya lihat apabila saya mempromosikannya di media sosial, orang ramai juga akan datang dan mencuba. Mereka boleh memberi sokongan, meskipun tidak ramai tetapi ia sekurang-kurangnya memberi kesan terhadap gerai-gerai."
Melakukan pemasaran menerusi online juga bukan kekuatan Aqeed.
Namun, beliau tekad melakukannya demi membantu para pegerai menjana penjualan.
"Pada mulanya, rasa sangat janggal. Saya tidak boleh berbual dengan orang. Tetapi saya belajar daripada relawan lebih berpengalaman, dan mula berbual dengan para pegerai. Ia kini menjadi lebih senang, jadi saya hanya perlu belajar untuk jangan takut berbual dengan orang," kata Aqeed.
Dalam memberi sokongan kepada para peniaga, Aqeed turut membawa pulang pengajaran penting.
Aqeed berkata: "Ada juga gerai-gerai yang menghadapi kesukaran, meskipun tidak ramai pelanggan, mereka tetap mencuba. Jadi pengajaran utama untuk saya adalah untuk tidak berputus asa."

BELIA 21 TAHUN ANTARA 70% RELAWAN KALI PERTAMA RANGKAIAN RELAWAN IM
Bagi Sharifah Alysha Syed Romadhan pula, langkah pertamanya menjadi relawan bermula daripada ajakan kawan.
Sharifah berkata: "Saya menjadi relawan kerana kawan baik saya, saya jumpanya di universiti. Beliau berkongsi banyak tentang kerja amal dan saya mula tertarik dengan kerja-kerja amal.
"Saya sertai sebagai relawan untuk membantu dan membuat (menjadikan) masyarakat tempat lebih baik untuk semua orang," tambah belia berusia 21 tahun itu.
Sharifah di kalangan hampir 70 peratus relawan kali pertama yang berbakti menerusi Rangkaian Relawan IM.
Sharifah juga sudah mendaftar untuk tiga acara relawan sepanjang bulan Ramadan bersama badan tersebut.
Ini termasuk menganjurkan sesi berbuka puasa bersama para penduduk memerlukan.
Sharifah berkata: "Saya rasa kita harus rasa bersyukur kalau kita dapat berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dan kita tidak seharusnya melupakan yang kurang berkemampuan atau mereka yang risau tentang makanan mereka seterusnya."
"Saya rasa bila kita menjadi relawan pada bulan Ramadan, kita tentu akan rasa lebih lapar dan haus tetapi ia semuanya berbaloi apabila melihat mereka yang kurang berkemampuan, mereka yang memerlukan lebih daripada kita, jadi saya rasa puas dapat membantu mereka," tambahnya.
Sharifah bertekad untuk mula giat dalam kesukarelawanan pada bulan-bulan mendatang.
Malah, dengan pengalaman yang ditimba, Sharifah juga berhasrat untuk menganjurkan kegiatan sukarelawannya sendiri.
"Saya akan belajar daripada pengalaman acara ini, belajar bagaimana kawan-kawan saya mengadakan acara ini, saya akan ada kemahiran dan pengalaman. Jadi apabila saya mungkin mengendalikan acara relawan sendiri, ia juga boleh berjalan lancar," luah Sharifah.
Jika ada peluang lain, Sharifah juga merancang untuk melakukan kegiatan seperti memberi habuan makanan dari rumah ke rumah pada Ramadan ini untuk mendalami erti kesukarelawanan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.