Relawan berbilang kaum, agama ganding bahu agih biskut kepada penduduk East Coast sempena Hari Vesak
Inisiatif murni itu anjuran GRC East Coast dengan pertubuhan-pertubuhan akar umbi East Coast bersama beberapa kumpulan masyarakat dan agama.
Inisiatif di bawah teras 'Ihsan' dalam Pelan East Coast itu bertujuan untuk meraikan Hari Vesak bersama para penganut Buddha dan meningkatkan kesedaran khusunya, dalam kalangan para penduduk bukan penganut Buddha mengenai erti sambutan Hari Vesak.
Acara pengagihan biskut itu diserikan dengan kehadiran Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman, yang turut turun padang untuk menyertai para relawan.
"Penting untuk terus meneroka cara baharu untuk memperkukuh keharmoniaan kaun dan agama dalam masyarakat kami.
"Inisiatif ini membawa masyarakat East Coast bersama merentasi usia, kaum dan agama untuk berhubung dan menguatkan jalinan sambil membuat biskut bersama-sama dan kemudian mengagihkan biskut tersebut sempena Hari Vesak," kata Dr Maliki.
Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar turut menarik perhatian bagaimana inisiatif yang dikendalikan itu telah memanfaatkan studio memasak terbaharu di Balai Rakyat Siglap, menyusuli acara bake-a-thon yang diadakan baru-baru ini.
"Balai rakyat kami yang kian berkembang membolehkan kami untuk meninjau cara-cara baharu dan menarik untuk melibatkan masyarakat untuk menyokong tujuan-tujuan yang penting."
Beliau malah, meluahkan rasa terharu melihat para sukarelawan muda yang berbilang kaum, bersatu untuk menjayakan acara tersebut.
Biskut tersebut diagihkan di Kuil Buddha Palelai dan Kuil Man Fatt Lam, di Bedok.
Bukan sahaja penduduk penganut Buddha sahaja, para penduduk lain daripada pelbagai latar belakang, yang tinggal di kawasan Simpang Bedok, berdekatan dengan Kuil Buddha Palelai, turut disuntik keceriaan dengan pemberian biskut tersebut.
mengambil peluang untuk meningkatkan kesedaran mengenai makna di sebalik Hari Vesak kepada mereka yang menerima agihan biskut mereka.
Usaha para relawan untuk menjayakan acara tersebut, bahkan bermula sejak hujung minggu lalu, di mana sekitar 60 relawan sudahpun menyingsing lengan untuk menyediakan biskut-biskut itu bagi pengagihan pada Hari Vesak.
"Membuat dan mengagihkan biskut merupakan pengalaman yang sangat memuaskan.
"Berkongsi biskut merupakan satu perbuatan yang mudah tetapi berkuasa yang boleh membantu merapatkan jurang kebudayaan dan keagamaan. Perbuatan kecil ini membantu untuk membina masyarakat yang inklusif dan menyokong," jelas Nur Zahrah Yacob, seorang sukarelawan muda di acara tersebut daripada East Coast Harmony Circle.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.