Rekrut baharu SAF akan belajar guna dan tangani ancaman balas dron
Anggaran Waktu Membaca:

Seorang rekrut SAF menggunakan dron di Pulau Tekong pada 5 Ogos 2025. (Gambar: CNA/Ili Mansor)
SINGAPURA: Semua rekrut yang dilatih di Pusat Latihan Asas Tentera (BMT) di Pulau Tekong akan belajar menggunakan teknologi dron dan cara-cara mengatasi ancaman daripadanya.
Menteri Pertahanan Chan Chun Sing berkata demikian kepada media selepas melawat pusat latihan di Pulau Tekong.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke sana sejak mengambil alih portfolio tersebut Mei lalu.
Beliau diiringi Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad serta Panglima Pasukan Pertahanan, Naib Laksamana Aaron Beng dan Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral Cai Dexian.
Encik Chan menambah, teknologi tanpa pemandu semakin meluas dan Angkatan Bersenjatra Singapura (SAF) perlu tahu cara menggunakannya dan bertindak terhadapnya.
Memandangkan perkembangan tersebut, Encik Chan berkata askar-askar kini perlu dilatih untuk meluaskan kesedaran situasi di sekeliling mereka.
Latihan dron, tambahnya, bukan sekadar tentang kemahiran taktikal atau teknikal, tetapi juga merupakan latihan yang lebih besar untuk melatih askar dalam kesedaran tentang ruang tiga dimensi mereka.
Menurut Encik Chan, ini kerana apabila mereka bertempur, mereka perlu tahu bagaimana untuk menggunakan sistem senjata mereka, dan mereka perlu berfikir dalam tiga dimensi, dan bukan hanya dua dimensi.
Penggunaan dron juga mencerminkan bagaimana SAF terus menggunakan teknologi dalam pertempuran, kata Encik Chan.
Kumpulan pertama 3,000 askar yang belajar kemahiran asas dron semasa latihan (BMT) sudah memulakan latihan pada bulan lalu.
Matlamatnya adalah untuk melatih semua askar yang melalui BMT, bermula pada akhir tahun ini, atau awal 2026.

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.