Rekod tertinggi perkahwinan, jumlah kelahiran rakyat SG merosot pada 2022
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Jumlah rakyat Singapura yang berkahwin mencecah paras tertinggi tahun lalu.
Menurut laporan Banci Penduduk terbaharu yang diterbitkan oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD)(NTPD) Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (29 Sep), 24,767 rakyat Singapura berkahwin pada tahun lalu.
Rekod tertinggi ini adalah 5.7 peratus lebih tinggi berbanding 23,433 perkahwinan pada 2021. Ia merupakan kenaikan buat dua tahun berturut-turut sejak 2020.
Menurut laporan tersebut, ia mungkin disebabkan oleh pasangan-pasangan yang menyambung semula rancangan untuk mendirikan rumahtangga selepas pandemik.
Bagaimanapun jumlah purata tahunan perkahwinan dalam tempoh lima tahun yang lalu, kekal lebih rendah (22,700) berbanding tempoh lima tahun sebelumnya (23,600).
Usia pengantin lelaki dan wanita juga lebih tinggi dengan usia median bagi perkahwinan pertama bagi rakyat lelaki Singapura adalah 30.5 dan 28.8 tahun bagi wanita pada 2022.
Ini merupakan kenaikan dari 30.1 bagi pengantin lelaki dan 27.7 tahun bagi pengantin wanita pada 2012.
Namun, paras rekod perkahwinan tidak setanding dengan jumlah kelahiran warga Singapura.
JUMLAH KELAHIRAN, MASYARAKAT MENUA
Jumlah Kadar Kesuburan (TFR) mencecah paras terendah dalam sejarah iaitu 1.04. Berdasarkan kaum, TFR masyarakat Cina adalah 0.87, 1.0 buat masyarakat India dan 1.83 buat masyarakat Melayu.
Sama seperti perkahwinan, purata kelahiran tahunan bagi tempoh lima tahun yang lalu, lebih rendah berbanding lima tahun sebelum itu.
Laporan Banci Penduduk itu mengukuhkan tanggapan bahawa penduduk Singapura semakin menua.
Jumlah rakyat Singapura yang berusia 65 tahun ke atas semakin meningkat, dan pada kadar yang lebih pantas berbanding sepuluh tahun yang lalu.
Mereka kini membentuk hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini.
Usia median rakyat Singapura juga sudah meningkat dan keadaan itu sejajar dengan jumlah penduduk yang semakin menua.
Antara Jun 2022 hingga 2023, ia meningkat daripada 42.8 kepada 43 tahun.
Setakat Jun tahun ini, jumlah penduduk Singapura adalah seramai 5.92 juta orang, iaitu lima peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu.
Kira-kira 3.6 juta adalah warga Singapura, dan lebih setengah juta merupakan penduduk tetap.
Hampir 1.8 juta daripada jumlah itu bukan penduduk negara ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.