Rekod baharu dicipta bagi jumlah poskad ditulis kepada bapa dalam sehari
Keluarga-keluarga di Singapura berkumpul bagi mencipta rekod nasional baharu bagi bilangan poskad paling banyak yang ditulis dan diberikan kepada bapa dalam masa sehari pada Ahad (15 Jun).
Sebanyak 1,255 poskad berjaya ditulis dan diberikan di acara tersebut.
Acara 'Dad's Day Out', atau Ayah Dibawa Jalan-Jalan, adalah sebahagian daripada inisiatif seluruh negara untuk mengesahkan dan menghargai kaum bapa sempena Hari Bapa ini.
Bercakap di acara tersebut, Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Edwin Tong menekankan kepentingan peranan seorang bapa.
"Kanak-kanak dengan bapa yang terlibat mempunyai harga diri yang lebih tinggi, peraturan emosi yang lebih baik serta kadar kebimbangan dan kemurungan yang lebih rendah," kata Encik Tong.
"Mereka menunjukkan kemahiran bahasa dan kemahiran menghuraikan masalah yang lebih kuat, dan lebih cenderung untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dari segi akademik. Mereka juga lebih bersifat empati, cekap dari segi sosial dan kurang berkemungkinan menunjukkan tingkah laku berisiko atau delinkuen," tambah beliau.
Para hadirin yang menyertai acara tersebut turut menyambut baik peluang yang diberikan kepada anak-anak untuk meluahkan perasaan terhadap ibu bapa menerusi tulisan, satu bentuk komunikasi yang kian dilupakan.
Acara tersebut juga menyentuh hati ibu bapa yang menerima penghargaan tulus daripada anak-anak mereka.
Bukan itu sahaja, acara berkenaan juga dapat mempereratkan hubungan kekluargaan, khususnya antara anak dan bapa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.