Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rekod 543,000 pengunjung lintas pusat pemeriksaan Woodlands & Tuas pada 6 Sep

Lebih 543,000 pengunjung melintasi sempadan darat Singapura-Malaysia pada 6 September.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 543,000 pengunjung melintasi sempadan darat Singapura-Malaysia pada 6 September.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (11 Nov).

Rekod sehari itu dicatatkan semasa cuti persekolahan September pada 30 Ogos hingga 8 September, demikian menurut ICA.

Semasa tempoh itu, lebih lima juta pengunjung melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, menurut ICA.

"Para pengunjung yang menaiki kereta di waktu sibuk perlu menunggu sehingga tiga jam untuk pelepasan imigresen, disebabkan oleh kelengahan dari Malaysia."

Rekod sebelum ini iaitu seramai 510,000 pengunjung yang melintasi pusat pemeriksaan darat Singapura-Malaysia dicatatkan pada 28 Mac lalu.

CUTI PERSEKOLAHAN HUJUNG TAHUN

Kesesakan lalu lintas dapat dijangkakan di pusat pemeriksaan darat semasa cuti persekolahan akhir tahun ini dari 15 November hingga 1 Januari 2025.

"Para pengunjung dinasihatkan supaya mengambil kira waktu menunggu tambahan, terutama sekali pada hujung minggu. Secara alternatif, para pengunjung boleh menimbangkan untuk menaiki khidmat bas rentas sempadan."

Para pengunjung juga harus "bekerjasama dengan pegawai ICA, mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu dalam laluan ditetapkan", menurut ICA.

ICA memberi amaran ia tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap para pengunjung yang tidak mematuhi peraturan pegawai ICA dan melakukan kesalahan di pusat pemeriksaan.

AMBIL PERHATIAN PERKARA INI

ICA mengingatkan para pengunjung supaya memastikan pasport mereka masih boleh digunakan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

Para penduduk tetap Singapura yang sudah memperbaharui pasport masing-masing perlu memastikan permit kemasukan semula telah dialihkan ke pasport yang baharu.

Para pemegang pas jangka panjang perlu memaklumkan kepada ICA atau Kementerian Tenaga Manusia mengenai sebarang perubahan pada butiran pasport mereka sebelum mereka memasuki semula Singapura.

Demi mempercepatkan pelepasan imigresen, ICA menggalakkan mereka yang melintasi sempadan dengan menaiki kereta supaya menggunakan sistem pelepasan kod QR baharu yang dilancarkan baru-baru ini di Woodlands dan Tuas.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan