Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Reka bentuk Taman Tugu Pengasas dipilih

Satu kerjasama antara syarikat Jepun dan sebuah syarikat tempatan berjaya memenangi peraduan antarabangsa reka bentuk Taman Tugu Pengasas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Mar 2020 09:19PM Dikemas Kini : 09 Mar 2020 11:17PM

SINGAPURA: Satu kerjasama antara syarikat Jepun dan sebuah syarikat tempatan berjaya memenangi peraduan antarabangsa reka bentuk Taman Tugu Pengasas.

Reka bentuk oleh firma Jepun, Kengo Kuma and Associates, dan syarikat tempatan, K2LD Architects, itu meliputi sebuah galeri pemandangan, tasik, jejak hutan dan amfiteater.

Ia terpilih kerana menerapkan ciri-ciri yang menyerlah lagi imaginatif pada reka bentuknya dengan mengintegrasikan hijau-hijauan dan dedaunan.

Peraduan itu yang dilancarkan Januari lalu menarik 193 penyertaan.

Pemenangnya dipilih sebuah panel juri kerana reka bentuk yang berani dan penuh imaginasi.

Lima rekaan yang disenarai pendek telah dipamerkan di beberapa tempat di kawasan kejiranan serta diwadah online.

Lebih 50,000 respons telah dikumpulkan bagi pertimbangan panel juri. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan