REIT terbesar Asia beli ruang runcit Jurong Point, Thomson Plaza pada harga S$2.16 bilion
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar:Mercatus Co-operative Limited)
SINGAPURA: Amanah Pelaburan Hartanah Link (REIT) yang tersenarai di Hong Kong membeli portfolio pusat beli-belah Singapura pada harga S$2.16 bilion daripada Mercatus Co-operative dalam penerokaan pertamanya di negara ini.
Perjanjian itu adalah bagi pemerolehan aset runcit pinggir bandar Jurong Point dan Swing By @ Thomson Plaza dan perjanjian perkhidmatan pengurusan aset dan hartanah sepuluh tahun bagi pusat beli-belah pinggir bandar ketiga, AMK Hub yang akan kekal di bawah pemilikan Mercatus.
Demikian menurut link REIT dalam pemfailan bursa saham pada Rabu (28 Dis).
"Urus niaga ini membolehkan kami membina pasukan berdedikasi di Singapura dan menyediakan asas untuk Link diperluas ke dalam kelas aset dan strategi lain di Asia Pasifik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Link, George Hongchoy dalam satu kenyataan media.
Link, Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) terbesar Asia, mengumumkan ia akan membiayai sepenuhnya pembelian itu melalui wang tunai dan hutang, sambil menambah bahawa ia sedang dalam perbincangan aktif dengan para pelabur dan terbuka untuk membawa masuk rakan kongsi modal.
Pengumuman itu mengesahkan laporan Reuters pada November yang menyatakan bahawa Link REIT adalah calon utama untuk membeli aset Mercatus, iaitu sebuah unit pemilik pusat beli-belah Singapura NTUC Enterprise Co-operative, dalam apa yang akan menjadi urus niaga hartanah terbesar di Asia Tenggara pada 2022.
Aset itu yang disifatkan oleh pengamat sebagai portfolio runcit paling berharga, pada mulanya ditawarkan kira-kira tujuh bulan lalu.
Apabila perjanjian itu selesai, Link REIT akan menjadi antara sepuluh pemilik aset runcit pada kedudukan tertinggi di Singapura dan urus niaga itu dijangka selesai pada 31 Mac.
Bank DBS adalah penasihat kewangan Link REIT dalam perjanjian tersebut.
Jurong Point mempunyai keluasan yang boleh disewakan seluas 720,000 kaki persegi dengan penyewa utama seperti FairPrice Xtra 24 jam, Kopitiam dan Don Don Donki.
Swing By @ Thomson Plaza terletak di lantai 1 dan 3 pusat beli-belah berkenaan dengan keluasan yang boleh disewakan seluas 110,000 kaki persegi.
Ruang runcit itu mempunyai hampir 60 penyewa seperti Huggs Collective dan restoran Korea, Wonderful Bapsang.
"Penjualan akan membolehkan kami menjana keuntungan dan menggunakan semula modal buat kawasan tertentu di mana kami boleh membuat perubahan dalam kehidupan keluarga di Singapura dalam cara lebih langsung dan bermakna, seperti dengan meningkatkan perkhidmatan dalam jagaan kesihatan dan pendidikan, kata Encik Seah Kian Peng, timbalan pengerusi Mercatus dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NTUC Enterprise.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.