Red Dot United rancang bertanding di GRC Jurong jika tiada pembangkang lain
Red Dot United (RDU), yang baru didaftarkan sebagai sebuah parti politik awal minggu ini, bercadang untuk bertanding di GRC Jurong pada Pilihan Raya Umum (GE) akan datang jika parti pembangkang lain tidak bertanding di kawasan undi itu, menurutnya dalam satu kenyataan pada Jumaat (19 Jun).
Red Dot United - yang mempunyai 12 anggota sejauh ini - diterajui oleh bekas anggota PSP Ravi Philemon, 52 tahun, dan Michelle Lee, 43 tahun. (Gambar fail: TODAY, Michelle Lee)
SINGAPURA: Red Dot United (RDU), yang baru didaftarkan sebagai sebuah parti politik awal minggu ini, bercadang untuk bertanding di Kawasan Undi Berkumpulan (GRC) Jurong pada Pilihan Raya Umum (GE) akan datang jika parti pembangkang lain tidak bertanding di kawasan undi itu, menurutnya dalam satu kenyataan pada Jumaat (19 Jun).
GRC lima anggota itu, yang ditandingi Parti Warga Diutamakan pada Pilihan Raya Umum 2015, dipilih kerana tiada parti politik pembangkang lain memberi petanda ia akan bertanding di situ, jelasnya.
RDU menambah ia mempunyai "saluran dialog terbuka" dengan parti-parti pembangkang lain.
"Jika kawasan undi ini kekal tidak dicabar, RDU akan mewakili pihak pembangkang dengan sebaik mungkin. Kami yakin penduduk GRC Jurong akan ingin melaksanakan hak sebagai rakyat dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses demokrasi," menurut RDU.
RDU adalah kumpulan pecahan dari Parti Kemajuan Singapura (PSP), dipimpin oleh bekas timbalan pengerusi parti Michelle Lee, 43, dan anggota Ravi Philemon, 52, yang mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk parti baru itu pada 29 Mei.
Dalam kenyataannya pada Jumaat, RDU mendedahkan misinya iaitu "Politik dengan prinsip, wawasan dan nilai-nilai".
"RDU percaya bahawa demi kepentingan sesebuah negara dan warganya, politik mesti berdasarkan prinsip yang tidak berubah, meskipun berdepan dengan cabaran dan ketidak tentuan pada masa depan.
"Prinsip dan nilai yang kita pegang teguh termasuk keadilan, kebertanggungjawapan, kewibawaan, ketelusan, kebahagiaan, harapan serta keihsanan dan empati, tambahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.