Skip to main content

Singapura

Red Dot United dedah manifesto; usul lebih dana, prasarana bantu SME

Parti politik terbaru Singapura, Parti Titik Merah Bersatu (Red Dot United) melancarkan manifestonya iaitu 'Mencarta Masa Hadapan' hari ini (28 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Jun 2020 06:40PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 08:44PM

SINGAPURA: Parti politik terbaru Singapura, Parti Titik Merah Bersatu (Red Dot United)

melancarkan manifestonya iaitu 'Mencarta Masa Hadapan' hari ini (28 Jun).

Dalam satu sesi online bersama media, parti itu menyatakan ia mahu memandu Singapura ke arah yang betul.

Antara yang ingin diketengahkan termasuk ketelusan dalam pemerintah dan penggunaan dana awam bagi mengelakkan pembaziran mahupun perbelanjaan yang tidak perlu.

Parti itu juga mencadangkan agar lebih banyak dana dan prasarana diperuntukkan bagi syarikat-syarikat SME agar Singapura lebih mampan serta kurang bergantung kepada perdagangan global.

Cadangan-cadangan lain termasuk menurunkan usia golongan bujang untuk membeli flat HDB, memperluaskan tempoh pendidikan wajib kepada 10 tahun serta menangani perubahan iklim. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita