Rebat S&CC 3 bulan untuk kedai, gerai pasar di bawah AHTC
Kedai dan gerai pasar di estet yang diuruskan oleh Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) akan mendapat rebat 25 peratus untuk bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dari bulan Jun hingga Ogos.
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Kedai dan gerai pasar di estet yang diuruskan oleh Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) akan mendapat rebat 25 peratus untuk bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dari bulan Jun hingga Ogos.
Jumlah pelepasan itu akan menelan belanja kira-kira S$300,000.
Majlis bandaran yang dikendalikan oleh Parti Pekerja itu menyatakan rebat tersebut adalah untuk membantu perniagaan kerana banyak yang terpaksa ditutup atau hanya dibenarkan dibuka dengan sekatan tertentu semasa Fasa 1 pembukaan semula selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan.
AHTC sebelum ini mengumumkan langkah-langkah lain seperti pengecualian yuran bayaran lewat bagi S&CC dari bulan April hingga September.
Awal bulan ini, semua 15 majlis bandaran PAP mengumumkan bahawa mereka akan memberi rebat 15 peratus untuk bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan kepada kira-kira 26,000 pengendali kedai dan penjaja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.